awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GeForce NOW perkenal had permainan 100 jam sebulan mulai Januari, Malaysia tidak terkesan
Apple tawar stor aplikasi pihak ketiga di Brazil selepas ditegur pihak berkuasa
Gambar dimuat naik ke X kini boleh disunting, dijana semula guna AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO tak rasis

Sinar Harian
Sinar Harian
26/07/2018
22:15 MYT
UMNO tak rasis
Mahdzir yang juga bekas Menteri Pendidikan berkata tuntutan dibuat masyarakat Cina turut dilaksanakan kerajaan terdahuu.
UMNO bukan parti yang rasis sebaliknya hanya mempertahankan hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata tindakan itu tidak sepatutnya dilabel rasis.
"Apabila kita bercakap untuk mempertahankan kaum masing-masing bukanlah rasis. Sebagai orang Melayu, nak pertahankan siapa lagi dalam sebuah negara bangsa?
"Kawan kita yang lain akan memohon ikut etnik masing-masing. Kita pertahankan apa yang kita ada bukan hendak semua. Kita nak benda yang termaktub dalam Perlembagaan negara. Itu saja," katanya ketika Diskusi N49 : Betapa Ruginya Perpecahan pada Khamis.
Katanya, sehingga hari ini kaum Melayu sudah berkongsi semua sektor termasuk pendidikan dengan kaum lain.
"Kalau kita tak boleh pertahankan apa yang kita ada, baik kita tak jadi baik, kita serah sajalah.
"Dalam ekonomi, pendidikan, sosial semua kita kongsi. Kita hidup dalam kepelbagaian kaum cuma dominasi politik 61 tahun itu, orang Melayu berada di hadapan. Itu saja tapi hari ini dominasi itu bukan Melayu lagi," katanya.
Berkait isu pendidikan, Mahdzir yang juga bekas Menteri Pendidikan berkata tuntutan dibuat masyarakat Cina turut dilaksanakan kerajaan terdahuu.
"Dalam pelajaran kita bagi sampai ke tahap sekolah menengah persendirian Cina lebih 60 buah sekolah. Diminta pula UEC (Sijil Peperiksaan Bersepadu) yang dibuat secara swasta.
"Selama ini UEC dibuat tanpa pengiktirafan daripada kerajaan. Itu tuntutan masyarakat Cina. Kalau kita pertahankan Melayu minta dikata rasis. Tak betullah. Tak boleh cakap begitu," katanya.
Topic Berkaitan
#bekas menteri pendidikan
#Cina
#Datuk Seri Mahdzir Khalid
#kaum
#Naib Presiden UMNO
#negara
#rasis
#tuntutan
#UEC
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan