awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
AKPS tubuh sekratariat pastikan Jawatankuasa Khas e-waste berfungsi dengan berkesan
Polis rampas arak, rokok seludup libat nilai rampasan RM1.22 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO tentukan keputusan letak calon atau tidak di DUN Chempaka - Shabery Cheek

Bernama
Bernama
15/02/2015
04:09 MYT
UMNO tentukan keputusan letak calon atau tidak di DUN Chempaka - Shabery Cheek
SHABERY: UMNO yang tentukan keputusan letak calon atau tidak di DUN Chempaka. -Gambar fail
Keputusan untuk meletakkan calon pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka hanya akan ditentukan oleh kepimpinan tertinggi UMNO, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
"Dalam konteks di Kelantan masa ini, kita ada pilihan sama ada menjaga rakyat atau mencari wakil rakyat.
"Menjaga rakyat seharusnya menjadi keutamaan apa lagi di sana masih ada beribu orang yang tak selesai dari segi perumahan (untuk mangsa banjir)," katanya di Kuala Lumpur, malam tadi.
Ahmad Shabery yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia diminta mengulas mengenai pandangan peribadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkenaan kemungkinan Barisan Nasional (BN) tidak perlu meletakkan calon pada PRK DUN Chempaka.
Menurut Mustapa untuk mencari wakil rakyat, ia memerlukan perbelanjaan yang besar selain melibatkan tenaga dan masa.
Justeru katanya, segala peruntukan, masa dan tenaga untuk menghadapi PRK itu boleh dialihkan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat Kelantan.
Topic Berkaitan
#Ahmad Shabery Cheek
#DUN Chempaka
#Mustapa Mohamed
#pilihan raya kecil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan