KOTA BHARU: UMNO menetapkan tiga kriteria utama iaitu "winnability" (boleh menang), "acceptability' (dapat diterima) dan "likeability" (disenangi) dalam memilih calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan, kata Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata calon juga akan dibuat berdasarkan keputusan pemilihan UMNO pada 18 Mac nanti.
"Saya akan lihat selepas 18 Mac siapa menang Ketua Bahagian dan kita juga akan teliti tokoh-tokoh yang menang dalam pemilihan Pemuda, Wanita dan Puteri.
"Dan ini adalah satu penilaian yang kita buat berdasarkan kepada 'winnability', 'likeability' dan 'acceptability', tiga perkara ini jadi kriteria utama," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pengenalan Calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib-naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi sempena Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 peringkat negeri Kelantan, di sini hari ini.
Mengulas mengenai peluang UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menjadi pilihan pengundi pada PRN Kelantan nanti, Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri mahu rakyat negeri itu memberi peluang kepada parti serta gabungan itu untuk menyelesaikan beberapa perkara termasuk masalah air.
"Saya tidaklah terlalu pesimistik untuk mengatakan kita hanya menjadi pesaing tetapi kalau boleh menjadi kerajaan kenapa tidak?
"Bagi saya di Kelantan ini masalah air mesti diselesaikan, itu janji UMNO dan BN yang wajib diselesaikan," katanya.
Beliau berkata sekiranya UMNO dan BN menjadi pilihan, pihaknya akan tetap meneruskan dasar-dasar baik yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri ketika ini.
"Jadi dalam keadaan ini, pengundi Kelantan bagi UMNO menang sekali, kalau kita menang tetapi tidak berprestasi tukar balik kepada yang lama tidak apa tetapi cuba kami dulu dan insya-Allah kami akan buktikan bahawa kami lebih baik.
"Rakyat jangan dimangsakan dengan menikmati air keruh dan mengatakan bahawa itu adalah takdir Allah, jangan salahkan Allah.
"Kita mesti berusaha untuk memberikan air bersih kepada rakyat, beri maksimum kepada UMNO dan BN untuk kami buktikan beri air bersih yang boleh diminum kepada rakyat Kelantan jika diberi peluang oleh pengundi untuk membentuk kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 15 2023

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan perasmian pada majlis pengenalan Calon-Calon Naib Presiden dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) bagi pemilihan UMNO 2023-2026 peringkat negeri hari ini. - Foto BERNAMA

Guna laluan sah jika ingin ke Pasar Mundok - PGA
Orang ramai didapati menyeberang ke Pasar Mundok menggunakan bot penumpang yang berulang-alik melalui Sungai Golok.

Aplikasi COVID-19 Jerman kini dalam 'mod tidur'
Aplikasi Corona Warn tidak lagi dikemas kini atau dibangunkan sehingga notis selanjutnya selepas kontrak tamat pada 31 Mei.

Bali keluar panduan etika untuk pelancong
Pekeliling itu menyenaraikan 16 peraturan yang bertujuan untuk memelihara budaya, alam sekitar dan keselamatan Bali.

Paras risiko siber Malaysia bertambah baik ke 'sederhana' pada separuh kedua 2022
Nilesh Jain berkata peralihan positif itu berpunca daripada penambahbaikan dalam kesediaan siber.

Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC
Fasa 1 JENDELA telah mencapai 7.74 juta premis sedia untuk disambungkan dengan Internet gentian, melebihi sasaran awal 7.5 juta premis.

NASA uji pendekatan baharu kesan tsunami
Ia menggunakan isyarat GPS bagi mengesan gelombang di Lingkaran Api Pasifik.

Satu maut, dua cedera ringan akibat dipanah petir ketika memikat burung
Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera ringan selepas dipanah petir ketika sedang memikat burung di kawasan tanah lapang di Kampung Padang Tanjung, Marang, hari ini.

Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat
Skuad hoki remaja lelaki kebangsaan menamatkan cabaran di tangga keempat Piala Remaja Asia 2023 selepas tumpas 1-2 kepada Korea Selatan.

Negara dijangka tidak akan berhadapan krisis bekalan air seperti 1998 - SPAN
Malaysia dijangka tidak akan berhadapan dengan krisis bekalan air seperti yang pernah dialami pada 1998 walaupun negara diramal mengalami fenomena El-Nino pada Jun hingga September ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 1 Jun 2023.

PN kekalkan formula PRU15 hadapi PRN enam negeri
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata calon Pas akan dikekalkan di kawasan yang dimenangi parti itu manakala calon Bersatu akan dipertaruhkan di kawasan yang dimenangi UMNO.

Kenyataan Sanusi mampu cetus kebimbangan rakyat - Hamzah
Perikatan Nasional (PN) menzahirkan kebimbangan sekiranya kenyataan Pulau Pinang milik Kedah terus dipergunakan sehingga menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

"Saya bertanding PRN? Tidak benar!" - Nurul Izzah
Nurul Izzah Anwar menafikan beliau antara calon yang dinamakan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan Julai ini.

SPR sedia jalankan tugasan hadapi PRN di enam negeri
Kos perbelanjaan untuk melaksanakan PRN di enam negeri mencecah sehingga RM420 juta.

'Giant killer' politik sebenar ialah Anwar - Razeef
Razeef Rakimin membidas kenyataan Ahmad Faizal berhubung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya boleh jadi 'giant killer' sekali di Tambun.

PRN: Calon Bersatu daripada semua sayap parti - Ahmad Faizal
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memastikan calon yang bertanding di enam negeri terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini dipilih daripada semua sayap parti itu.

Rombakan Kabinet: 'Bagi senarai, saya akan pertimbang' - Anwar
Tanpa mengesahkan perkara tersebut, Perdana Menteri berkata, senarai tersebut akan dipertimbangkan oleh beliau.

"Ada rombakan Kabinet? Kita tunggu kalau benar" - Zahid
Sebarang rombakan Kabinet di bawah Kerajaan Perpaduan adalah hak mutlak dan berdasarkan budi bicara perdana menteri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

PRN: Agihan kerusi diputuskan hujung Mei - Bung Moktar
Agihan kerusi untuk parti politik dalam Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Terengganu akan dimuktamad hujung Mei ini.

PN perkenal pra slogan 'Selangor Baharu' hadapi PRN
Roslan berkata, perkara itu telah dibincangkan parti itu dengan rakan komponennya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia.