awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO tidak tutup pintu kerjasama parti lain selepas PRU15 - Johan

Astro Awani
Astro Awani
24/03/2021
04:38 MYT
UMNO tidak tutup pintu kerjasama parti lain selepas PRU15 - Johan
Johan berkata, kerjasama itu masih belum diperincikan atau dibincangkan pada Perhimpunan Agung UMNO minggu ini. - Foto Facebook /Datuk Hj Johan
KUALA LUMPUR: UMNO tidak menutup pintu kerjasama dengan parti lain selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Johan Abd Aziz bagaimanapun berkata, perkara itu masih belum diperincikan atau akan dibincangkan pada Perhimpunan Agung UMNO minggu ini.
"Perkara untuk bersama dengan parti-parti lain ini tidak diputuskan di peringkat persidangan Bahagian, tidak timbul usul itu dan juga tidak dibawa usul itu ke MT.
"Apa yang kita bawa usul majoriti tidak bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan perkara itu dibincangkan serta diputuskan.
"Tetapi kita ada bincang jika selepas PRU, kalau mana-mana parti (kita tidak sebut secara spesifik) yang boleh bentuk kerajaan, kenapa kita hendak tutup pintu, tetapi perkara itu tidak diperincikan.
"Saya fokus bersama Muafakat Nasional (MN) di Selangor, nampak impak. Andai kata Pas terikat tidak bersama MN tetapi dengan Perikatan Nasional (PN), Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah buat kenyataan, BN akan bergerak bersendirian. Selepas itu kita tidak bincangkan," katanya semasa dihubungi pada Rabu.
BACA: PAU 2020: Kombinasi bersemuka dan maya - Ahmad Maslan
BACA: Dalam kecelaruan politik, UMNO jangan tersasar haluan - Syed Ali
Politik | UMNO tidak tutup pintu kerjasama parti lain selepas PRU-15
Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) mencatatkan sejarah tersendiri kerana buat julung-julung kalinya akan diadakan secara kombinasi bersemuka dan maya.
Ia bakal diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur dan secara maya di 190 UMNO bahagian.
Topic Berkaitan
#UMNO
#PAS
#Bersatu
#PRU
#majlis tertinggi
#Zahid Hamidi
#Ahmad Maslan
#PAU 2020
#Perhimpunan Agung UMNO
#pilihan raya umum
#PRU15
#Johan Abd Aziz b
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan