awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMNO zahir penghargaan kepada petugas barisan hadapan

Bernama
Bernama
28/03/2021
02:32 MYT
UMNO zahir penghargaan kepada petugas barisan hadapan
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hassan ketika acara menaikkan bendera 'Sang Saka Bangsa' pada perasmian persidangan sempena PAU 2020 di WTC KL hari ini. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO 2020 hari ini merakamkan ucapan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus memerangi penularan wabak COVID-19.
Pengerusi Tetap UMNO Tan Sri Badrudin Amiruldin memohon para perwakilan dan tetamu yang hadir bangun berdiri serta memberi tepukan gemuruh, simbolik penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan.
"Para perwakilan dan hadirin-hadirat, saya mohon apa kiranya kita bangun sejenak untuk memberi satu tepukan terima kasih dan penghormatan kepada semua petugas barisan hadapan.
"Termasuk semua ketua setiausaha kementerian, petugas kesihatan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan seluruh jentera yang telah berkorban dan yang telah terkorban untuk memenangi wabak COVID-19...- hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa mereka itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membuka persidangan Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) di sini.
Perhimpunan selama dua hari sejak semalam itu diadakan secara hibrid sebagai mematuhi syarat yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UMNO
#PAU2020
#petugas barisan hadapan
#COVID-19
#perhimpunan
#Perhimpunan Agung UMNO
#Badrudin Amiruldin
#petugas kesihatan
#keselamatan
#tentera
#kesihatan
#polis
#tepukan gemuruh
#hibrid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan