KUALA LUMPUR: Kenyataan Peguam Negara berhubung isu undi percaya di Parlimen didakwa bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong kepada semua ketua parti sewaktu sesi menghadap Baginda di Istana Negara pada 17 Ogos lalu.
Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan berkata, Tan Sri Idrus Harun menjadi saksi malah mendengar sendiri titah Al-Sultan Abdullah sewaktu sesi menghadap tersebut.
"Kenyataan media Istana Negara bertarikh 18 Ogos 2021, Seri Paduka Baginda telah bertitah bahawa 'Perdana Menteri yang telah dilantik oleh Baginda menurut Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.'
"Titah Seri Paduka Baginda ini turut ditekankan Seri Paduka Baginda Timbalan Yang di-Pertuan Agong dan keperluan undi percaya ini telah dipersetujui semua ketua parti.
"Di manakah logik dan kewarasan Peguam Negara apabila berkata kuasa Seri Paduka Baginda melantik Perdana Menteri boleh ditidakkan dengan satu usul undi percaya di Parlimen apabila pembentangan usul undi percaya itu dititah sendiri oleh Seri Paduka Baginda?" tulis kenyataan tersebut, pada Ahad.
Pada Sabtu, Idrus menyatakan tiada keperluan untuk mengabsahkan pelantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan yang telah dibentuk baru-baru ini.
Katanya, pelantikan Perdana Menteri dan pembentukan kerajaan yang dibuat sebelum ini mengikut lunas undang-undang.
Menurut beliau, ketelitian proses pemilihan dijalankan Yang di-Pertuan Agong, dalam memilih Perdana Menteri menunjukkan pelantikan Ismail Sabri adalah sah menurut kehendak Perlembagaan Persekutuan.
Kenyataan bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu turut menyatakan tindakan seseorang Perdana Menteri dilantik Yang di-Pertuan Agong bagi menggantikan Perdana Menteri terdahulu seterusnya mengemukakan usul undi percaya di Parlimen bagi mengabsahkan sokongan majoriti adalah tindakan yang punyai duluan (precedent) di Parlimen Malaysia.
"Undi percaya pernah berlaku pada 27 Januari 1976, 12 hari selepas Tun Hussein Onn dilantik menjadi Perdana Menteri bagi menggantikan Allahyarham Tun Abdul Razak, dan 3 November 2003, 3 hari selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad," jelas kenyataan itu.
Oleh yang demikian, Majlis Presiden PH beranggapan bahawa kenyataan Peguam Negara bagi pihak Kerajaan ini adalah biadab, melanggar semangat Perlembagaan Persekutuan, malah melanggar titah dan juga derhaka terhadap Seri Paduka Baginda.
"Pakatan Harapan mendesak Peguam Negara meletak jawatan kerana beliau bukan sahaja telah derhaka terhadap Seri Paduka Baginda, tetapi beliau juga telah mengkhianati Perlembagaan Persekutuan dan sistem demokrasi berparlimen.
"Pakatan Harapan menjunjung titah Seri Paduka Baginda bahawasanya undi percaya perlu dikemuka dan diluluskan untuk mengabsahkan Perdana Menteri ke-9 punyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat pada sidang Parlimen yang bermula 13 September ini," tegasnya.
Justeru, Majlis Presiden PH menyarankan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk tidak menggunakan nasihat Peguam Negara sekiranya tidak mahu mengikuti jejak langkah mantan Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengakibatkan ketidakstabilan politik apabila keabsahan beliau diragui dan dipertikai.
Afiezy Azaman
Sun Sep 05 2021

Majlis Presiden PH menyarankan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar tidak menggunakan nasihat Peguam Negara sekiranya tidak mahu mengikuti jejak langkah mantan PM Muhyiddin Yassin.

'Saya trauma, mahu tuntut keadilan' - Wahab
Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani mendakwa tindakannya membuat laporan polis adalah mahu membersihkan namanya dalam kes tular rakaman video perbualan berbaur lucah.

Kejam! 15 anak kucing direndam sampai mati
Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan wang ganjaran RM5,000 bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab membunuh dengan merendam mati 15 anak kucing yang dilaporkan berlaku di Pasar Borong Jerantut.

Lelaki terlepas hukuman mati, diganti penjara 20 tahun sebabkan kematian isteri
Mahkamah mengambil kira segala fakta termasuk hubungan perayu dengan mangsa sebagai suami isteri.

Kerajaan bakal tanggung kos rawatan penyakit EVALI RM369 juta setahun pada 2030 - Dr Zaliha
Kajian menunjukkan kos rawatan bagi penyakit EVALI adalah RM150,000 bagi setiap pesakit.

Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail dipilih Presiden Iswami 2023-2025
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail dilantik sebagai Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) bagi tempoh 2023-2025.

Gantung, tamat projek HSR: Kes saman dua bekas PM 15 Disember ini
Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujahan daripada pihak Mohd Hatta Sanuri, 47, selaku plaintif dan pasukan defendan.
GXBank dilancarkan, berteras keterangkuman kewangan rakyat
GXBank, bank digital pertama Malaysia, telah melancarkan perkhidmatannya secara rasmi di negara ini.
Aplikasi bank itu kini tersedia untuk dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store, menawarkan rakyat Malaysia akses kepada rangkuman kewangan dan daya tahan.
Aplikasi bank itu kini tersedia untuk dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store, menawarkan rakyat Malaysia akses kepada rangkuman kewangan dan daya tahan.
Harga minyak sawit mentah dijangka meningkat menjelang 2024
Pasaran minyak sawit mentah (MSM) dijangka menunjukkan aliran harga menaik antara RM3,700 hingga RM4,100 bagi setiap tan menjelang 2024.
Alliance Bank umum untung lebih RM185 juta
Keuntungan bersih Alliance Bank Malaysia Bhd melonjak 17 peratus kepada RM185.33 juta bagi suku kedua berakhir 30 Sept 2023, naik berbanding RM158.42 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
IPO Jati Tinggi sasar dapatkan modal RM18.04 juta
Jati Tinggi Group Bhd syarikat industri kejuruteraan utiliti infrastruktur menyasarkan untuk mengumpul RM18.04 juta melalui terbitan 66.8 juta saham baharu berharga 27 sen sesaham.

Semua pihak perlu bergerak ke hadapan, fokus pembangunan negara - Zahid
Usul Undi Percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diluluskan Dewan Rakyat merupakan manifestasi buat semua pihak untuk bergerak ke hadapan.

Usul percaya kepada Perdana Menteri dibahas
Usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat petang ini akan dibahaskan.

Usul undi percaya, pelantikan Speaker tumpuan hari pertama persidangan Dewan Rakyat
Pembentangan usul undi percaya bagi keabsahan pelantikan Anwar sebagai PM10 terkandung pada nombor lapan Aturan Urusan Mesyuarat.

Usul undi percaya: Warisan yakin Anwar dapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat
Parti Warisan percaya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen susulan usul undi percaya di Dewan Rakyat Isnin ini.

Hormati keputusan Anwar usul undi percaya - Azalina
Azalina berkata tindakan sedemikian menunjukkan Anwar adalah seorang yang berani.

Undi percaya PM Anwar wajar, muktamadkan keabsahan - Amiruddin
Amirudin berkata, usul undi percaya itu adalah wajar bagi memastikan keabsahan Anwar sebagai Perdana Menteri dapat dimuktamadkan.

PM ke-10: Parlimen bersidang 19 Dis, undi percaya jadi usul pertama - Anwar
Undi percaya akan menjadi usul pertama yang akan dibawa dalam sidang Parlimen yang dijadualkan pada 19 Disember depan.

"Tak perlu usul undi percaya PM" - Naib Presiden Pas
Pas berpandangan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri tidak perlu dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat kelak.

Undi Percaya: Kenyataan Peguam Negara bercanggah titah Agong - Majlis Presiden PH
Majlis Presiden PH menyarankan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk tidak menggunakan nasihat Peguam Negara sekiranya tidak mahu mengikuti jejak langkah Muhyiddin Yassin.

Usul undi percaya terhadap Perdana Menteri masih perlu dilakukan - Hanipa
Usul undi percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat masih perlu dilakukan walaupun Datuk Seri Ismail Sabri telah mengangkat sumpah jawatan pada Sabtu.