KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Melaka, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang sebelum ini terkenal dengan jolokan ‘YB Gangster’ sekali lagi mencuri tumpuan pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini.
Ia selepas berlaku pertikaman lidah ketika menjawab soalan tambahan Low Chee Leong (PH-Kota Laksamana) berkenaan kesan Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka (MWEZ) terhadap nelayan Pantai Kundor.
Norhizam yang juga EXCO Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada awalnya memaklumkan beliau sentiasa peka dengan nasib para nelayan, bagaimanpun perlu melihat dahulu hasil laporan Penilaian Impak Perikanan (FIA) di kawasan terlibat.
Sambil menggelarkan dirinya sebagai ‘laksamana laut’, Norhizam menegaskan akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya laporan teknikal FIA membuktikan projek berkenaan mendatangkan kesan kepada laut, nelayan atau pun mata pencarian.
Chee Leong bagaimanapun tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan dan menyifatkan Norhizam tidak menjawab soalannya yang mahu supaya laporan FIA dibentangkan.
Norhizam menjelaskan, beliau tidak dapat mengumumkan FIA tersebut kepada DUN kerana laporan berkenaan belum dikeluarkan pihak berwajib.
Situasi terus gamat apabila Chee Leong mula menggelar Norhizam sebagai ‘pengkhianat’ dan ‘penderhaka Pakatan Harapan’ sebelum Norhizam mengeluarkan ungkapan ‘bodoh’, ‘awak tanya saya jawablah bangang’.
Timbalan Speaker, Datuk Ghazale Muhamad kemudian berkali-kali meminta dua ADUN berkenaan bertenang dan menghormati peraturan DUN sebelum pertengkaran yang tercetus kira-kira lima minit itu kembali reda.
Untuk rekod, Norhizam yang sebelum ini merupakan Timbalan Pengerusi DAP Melaka dan menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu atas tiket Pakatan Harapan mengumumkan menjadi calon bebas dan menyokong gabungan Perikatan Nasional (PN).
Shuhada Abdul Kadir
Thu Sep 23 2021
Chee Leong (kiri) mula menggelar Norhizam sebagai pengkhianat dan penderhaka Pakatan Harapan sebelum Norhizam (kanan) mengeluarkan ungkapan bodoh, awak tanya saya jawablah bangang. - Foto Melaka TV
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
ADUN Melaka naik gaji bermula Januari 2024
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka akan menikmati kadar saraan baharu bermula Januari tahun depan.
Melaka bentang Bajet 2024 berjumlah RM564.6 juta
Hasil kerajaan negeri dianggarkan berjumlah RM479.6 juta dengan anggaran Hasil Cukai berjumlah RM167.4 juta, Hasil Bukan Cukai (RM298.9 juta) dan Terimaan Bukan Hasil (RM13.3 juta).
Melaka kutip hasil RM298.41 juta tahun ini
Ia membabitkan RM122.56 juta bagi hasil cukai, RM138.72 juta bagi hasil bukan cukai dan RM37.13 juta bagi terimaan bukan hasil.
Projek perintis pembangunan pasar terapung Sungai Melaka sedang dirancang - Exco
Projek itu akan dipindahkan ke stesen teksi air berhampiran Taman Lagenda selepas kerja-kerja pembersihan dan pengindahan sungai siap.
DNB sasar liputan 5G capai 89.5 peratus di Melaka menjelang Disember
Fairul Nizam berkata peratusan berkenaan akan meliputi 225 lokasi di seluruh negeri Malaka.
DUN Melaka lulus pindaan Perlembagaan Negeri berkaitan lompat parti
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini meluluskan pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2023 berkaitan lompat parti.
Melaka dijangka bentang Rang Undang-Undang Antilompat parti akhir Julai ini
Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti dijangka dibentangkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang berlangsung akhir bulan ini.
BN atau PH? Calon Timbalan Speaker DUN Melaka diumum hujung Jun
Calon Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka akan umumkan pada Jun ini, kata Speaker DUN Datuk Ibrahim Durum.
Melaka tubuh pasukan khas bendung aktiviti judi haram - KM
Kerajaan Melaka akan menubuhkan pasukan petugas khas bagi membendung aktiviti judi haram di Melaka termasuk penguatkuasaan bersepadu.
Mohd Yadzil Ketua Pembangkang DUN Melaka
Pengerusi PN negeri itu menggantikan ADUN Bukit Katil yang juga Pengerusi PH negeri, Adly Zahari.