awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ungkapan 'I'll be back' hanya gurauan, tidak termimpi mahu kembali - Faizal Azumu

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
07/04/2021
04:52 MYT
Ungkapan 'I'll be back' hanya gurauan, tidak termimpi mahu kembali - Faizal Azumu
Jelas Ahmad Faizal, Jelasnya, ungkapan itu bermaksud, selepas tidak menjadi Menteri Besar, bukan bermakna beliau tidak akan terlibat langsung dalam politik, sebaliknya akan kembali dan terus berkhidmat sebagai ahli politik. - Gambar fail
IPOH: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau tidak termimpi untuk kembali menerajui negeri itu selepas meletakkan jawatan pada 5 Disember tahun lalu.
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) itu menjelaskan perkataan ‘I’ll be back’ (saya akan kembali) yang diucapkannya di Sabah pada Selasa adalah gurauan dan telah disalah tafsir.
Ahmad Faizal menegaskan, seperti di dalam kenyataan bersamanya dengan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria minggu lalu, mereka akan mendokong kerajaan negeri sedia ada disamping memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Kita bagi sokongan kepada YAB Menteri Besar yang ada sekarang ni untuk terus memberi khidmat kepada rakyat. Bukannya saya nak ambil kerusi Menteri Besar tu balik.
"Beliau sedang berusaha merencana perkara-perkara yang baik untuk rakyat, teruskan kita bagi sokongan. Tidak ada mimpi, saya fikir kerajaan yang ada sekarang ni patut diberi sokongan untuk memastikan kepentingan rakyat. Sudah cukup berpolitik," kata selepas menyampaikan sumbangan sempena lawatannya ke Batalion Ketiga, Pasukan Gerakan Am di Bidor, Perak, pada Rabu.
BACA: Saya ikut skrip Allah sepenuhnya - MB Perak
Dalam ucapannya ketika Majlis Sambutan Ulang Tahun PPBM (Bersatu) Sabah di Kota Kinabalu malam Selasa, Ahmad Faizal dikatakan menyebut perkataan ‘I’ll be back’ (saya akan kembali) sambil merujuk kepada salah satu ungkapan dalam filem ‘Terminator’.
Jelasnya, ungkapan itu bermaksud, selepas tidak menjadi Menteri Besar, bukan bermakna beliau tidak akan terlibat langsung dalam politik, sebaliknya akan kembali dan terus berkhidmat sebagai ahli politik.
Topic Berkaitan
#Menteri Besar Perak
#Ahmad Faizal Azumu
#PPBM
#Bersatu
#I'll be back
#Muhyiddin Yassin
#PAS
#GERAKAN
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan