KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan bahawa tidak ada dinyatakan mekanisme untuk membawa usul keabsahan dalam mana-mana undang-undang di negara ini.
Bagaimanapun katanya, Perdana Menteri sebagai Ketua Majlis Mesyuarat mempunyai kelebihan untuk membawakan dan mendahulukan sebarang usul yang dirasakan penting untuk rakyat dan negara.
“Saya tahu Datuk Seri Anwar (Ibrahim) memang berminat dengan soal keabsahan dan benda-benda baharu berkenaan reformasi ini.
“Jadi apabila beliau kata nak diabsahkan kedudukannya, beliau bercakap atas kapasiti sebagai the Leader of the House (Ketua Majlis Mesyuarat) dan menjadi satu perkara yang penting mesti dipatuhi,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Rabu.
Jelas Wan Junaidi, sekiranya ia dibawakan oleh ahli Dewan biasa, ianya perlu melalui beberapa peringkat prosedur dan lazimnya usul sedemikian tidak berjaya sampai untuk dibahaskan di Parlimen.
“Bila bagi notis 14 hari, ia kemudian akan disenaraikan bawah peraturan mesyuarat, ikut keutamaannya di bawah Peraturan 15 dan macam-macam lagi.
“Tapi oleh kerana ia dibangkitkan oleh the Leader of the House, menteri akan beritahu kepada Speaker (Yang di-Pertua Dewan Rakyat) bahawa ia satu perkara kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan, satu hari notis sudah cukup," katanya.
Disebabkan itu usul keabsahan boleh menjadi perkara pertama yang diangkat dalam sesi pertama Sidang Dewan Rakyat penggal ke-15 yang akan membuka tirainya pada 19 Disember nanti, selepas pemilihan Speaker yang baharu serta sesi angkat sumpah oleh Ahli Parlimen yang menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan pemilihan Timbalan Speaker.
Israr Khalid
Wed Dec 07 2022

WAN JUNAIDI: Sekiranya ia dibawakan oleh ahli Dewan biasa, ianya perlu melalui beberapa peringkat prosedur dan lazimnya usul sedemikian tidak berjaya sampai untuk dibahaskan di Parlimen. - Foto fail

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.

Iran sedia pulihkan hubungan ekonomi dengan negara Arab
Iran bersedia untuk menyambung semula hubungan ekonomi dengan semua negara Arab di Timur Tengah berikutan perjanjian mengenai pemulihan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi baru-baru ini.

Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
Datuk Seri Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu, tetapi kini sudah kembali ke penjara.

Jawatankuasa Eksekutif Dasar Sekuriti Makanan mahu lebih banyak pihak beri input
Hasil mesyuarat akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Aidilfitri.

PKNS santuni gelandangan ibu kota, ringankan beban menjelang Ramadan
PKNS berkerjasama dengan sebuah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Jejak Jalanan, dalam menghulurkan sumbangan.

TPM, Timbalan Premier Sarawak hadir majlis kesyukuran perkahwinan Wan Junaidi
Antara yang hadir termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan isteri Datin Sri Ruziah Mohd Tahir.

Keluar parti: Empat ahli Parlimen tidak terkesan dengan Akta Anti-Lompat Parti - Masidi
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yakin empat ahli Parlimen gabungan itu tidak terjejas dengan Akta Anti Lompat Parti.

Empat MP Sabah perlu kosongkan kerusi, jika peletakan jawatan diterima parti - Wan Junaidi
Empat bekas Ahli Parlimen Bersatu yang bertanding atas tiket GRS pada PRU15 dan meninggalkan parti perlu mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing sekiranya peletakan jawatan mereka diterima.

Wan Junaidi selamat bersanding, majlis resepsi dihadiri Premier Sarawak
Wan Junaidi hadir dengan berbusana Melayu ringkas berwarna biru, sedondon dengan permaisuri hatinya Datin Seri Fauziah Mohd Sanusi.

Wan Junaidi tamatkan zaman duda, bersanding malam ini
Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilaporkan bakal mengadakan majlis persandingan pada malam ini.

Usul keabsahan tiada dalam undang-undang, tapi kelebihan PM sebagai Ketua Majlis Mesyuarat - Wan Junaidi
Ketua Majlis Mesyuarat punyai kelebihan untuk membawa dan mendahulukan sebarang usul yang dirasakan penting untuk rakyat dan negara.

Wan Junaidi nafi isi jawatan Speaker Dewan Rakyat
Wan Junaidi menafikan dirinya akan dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menggantikan Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Sidang Parlimen tidak boleh dijalankan tanpa PM - Wan Junaidi
Walaupun kuasa memanggil sidang Parlimen terletak di bawah Agong, ia dibuat atas nasihat jemaah menteri yang dilantik Perdana Menteri.

Ahli Parlimen bebas buat keputusan tanpa kongkongan parti - Wan Junaidi
Tidak salah dari segi Perlembagaan untuk seseorang Ahli Parlimen menyatakan sokongannya kepada Ahli Parlimen dari parti lain.

PRU15: Dakwaan tentera mengundi 7 November bukan isu - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, proses membuang undi bagi mereka adalah didaftarkan sebagai pengundi pos dan ia telah bermula pada tarikh itu.