awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Wakil rakyat menang jangan tinggal kawasan'

Sinar Harian
Sinar Harian
22/11/2023
01:20 MYT
'Wakil rakyat menang jangan tinggal kawasan'
Dari kiri, Ismail, Ahmad Amzad, Shamellya dan Muhammad Taufik ketika mengambil bahagian dalam program Wacana Sinar Siri 421 bertajuk 'Kemaman kubu kuat siapa?', 21 Nov 2023. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Calon yang dipilih sebagai wakil rakyat pada pilihan raya kecil (PRK) Kemaman perlu berkhidmat kepada masyarakat dengan baik dan tidak menyerahkan tugas kepada pegawainya.
Penganalisis Politik, Dr Muhammad Taufik Yaakub berkata, calon yang menang perlu tetap berkhidmat, menyalurkan peruntukan dan pastikan kawasan tersebut dibangunkan.
“Jangan pula bila dah menang, tinggalkan kawasan itu dan biarkan pegawai dilantik di pejabat yang melaksanakan tugasan.
“Kalau Pas menang, parti itu tetap kerajaan di Terengganu manakala jika Barisan Nasional (BN) menang, mereka tetap bersama kerajaan Perpaduan,” katanya dalam Wacana Sinar Siri 421 bertajuk ‘Kemaman kubu kuat siapa?’ pada Selasa.
Program yang dihoskan oleh Ismail Adnan itu turut menampilkan dua lagi panelis iaitu Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Ahmad Amzad Hashim dan Ketua Penerangan Puteri UMNO, Shamellya Norazizi yang disiarkan secara langsung di semua platform media sosial Sinar Harian.
Dalam pada itu, tambah Taufik, pengumuman awal nama-nama calon merupakan strategi politik untuk memancing parti berlawanan supaya mereka mengemukakan bakal wakil rakyat yang setanding dan setaraf.
Ujar beliau, dalam konteks PRK Kemaman, pola pengundian tidak boleh diramalkan sama seperti di Kedah atau Pelangai sebelum ini.
“Kalau kita lihat di Pelangai, majoritinya pengundi Melayu tetapi mereka terus bersama UMNO dan BN.
“Namun, politik ini dinamik, kita tidak boleh samakan pola pengundian di Kemaman sama dengan tempat lain,” ujarnya. - Sinar Harian
Dapatkan berita terkini PRK Kemaman di sini
Topic Berkaitan
#PRK Kemaman
#wakil rakyat
#Wacana Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan