awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wakil rakyat perlu sokong pembentangan Belanjawan 2021 - UMNO Perak

Astro Awani
Astro Awani
27/10/2020
03:00 MYT
Wakil rakyat perlu sokong pembentangan Belanjawan 2021 - UMNO Perak
Datuk Mohd Zolkafly Harun, Ketua Penerangan UMNO Perak. - Foto Facebook Dato Zolkafly Harun
IPOH:UMNO Perak mendesak semua pemimpin parti supaya menghentikan permainan politik yang boleh membuatkan rakyat kecewa dengan mandat yang telah diberikan sebagai wakil mereka di Dewan Rakyat.
Ketua Penerangannya Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, pembentangan Belanjawan 2021 harus diteruskan demi kesejahteraan rakyat.
Oleh yang demikian, katanya, adalah wajar setiap wakil rakyat menyokong pembentangan belanjawan itu yang dijadualkan pada 6 November depan.
"Setiap tindak tanduk sebagai wakil rakyat harus diadakan secara musyawarah dan memikirkan kebajikan serta kepentingan rakyat secara khusus," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, UMNO Perak turut menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong selepas persidangan Majlis Raja-Raja Melayu pada Ahad yang tidak mengisytiharkan darurat.
BACA: 'Yang rugi bukan PM, tapi rakyat dan negara' - Mohd Amar dakwa ada cubaan gagalkan belanjawan
BACA: Ahli Parlimen perlu sokong Belanjawan 2021 - Pengarah Eksekutif MTE
Sambil menyifatkan keputusan itu tepat, Zolkafly berkata, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu dapat merasakan denyut nadi rakyat yang menanggung kesempitan hidup akibat pandemik COVID-19 dari segi kedudukan ekonomi dan kehidupan seharian.
“Semua pemimpin parti politik di setiap peringkat harus akur dan mentaati keputusan Seri Paduka Baginda untuk tidak meneruskan polemik politik yang boleh menggugat dan menghimpit kehidupan rakyat,” ujarnya.
Dalam masa sama, kata beliau, pihak kerajaan juga harus bersama dengan rakyat dalam memerangi penularan pandemik COVID-19 yang semakin meningkat.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Belanjawan 2021
#UMNO
#Perak
#COVID-19
#Yang di-Pertuan Agong
#pandemik
#politik
#ekonomi
#kerajaan
#rakyat
#wakil rakyat
#Mohd Zolkafly Harun
#kepentingan rakyat
#musyawarah
#darurat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan