awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita UMNO terus perjuang kuota 30 peratus calon wanita dalam enam PRN

Astro Awani
Astro Awani
12/01/2023
11:06 MYT
Wanita UMNO terus perjuang kuota 30 peratus calon wanita dalam enam PRN
Noraini Ahmad berkata, perjuangan ke arah mendapatkan kuota 30 peratus bagi wanita bukan perkara baharu, sebaliknya diperjuangkan sejak pimpinan terdahulu pergerakan terbabit. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita UMNO akan terus berjuang untuk mendapatkan penyertaan sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung dalam tempoh terdekat.
Ketuanya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, perjuangan ke arah kuota 30 peratus itu bukan perkara baharu, sebaliknya diperjuangkan sejak pimpinan terdahulu pergerakan terbabit.
Menurutnya, pencapaian tertinggi setakat ini adalah pada PRN Johor pada tahun lalu, iaitu sebanyak 25 peratus.
"Kita tidak ketandusan calon, macam dibahaskan wakil Kelantan pagi tadi, kita ada ramai calon...ramai calon memiliki diploma, ada sarjana pun ramai, Doktor Falsafah (PhD) pun ramai dan profesional juga ramai.
"Siapa kata wanita tak cukup calon? Calon-calon wanita kalau kita ketengahkan, takut yang lain pula yang nampak tak munasabah," katanya ketika menggulung perbahasan sempena Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, pada Khamis.
Dalam pada itu, Noraini berkata, walaupun Barisan Nasional (BN) bukan memerintah secara penuh, namun beliau meminta semua ahli memberi kepercayaan kepada pimpinan parti yang berada dalam Kabinet untuk membawa suara dan mandat ahli UMNI dari akar umbi.
"Ini bukan masa untuk kita mencari salah, menuding jari, bergaduh sesama sendiri. Ini masa untuk bekerja.
"Inilah masanya kita mengambil langkah sederap, cabaran pilihan raya di enam negeri masih belum selesai," katanya.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#kuota 30 peratus
#Perhimpunan Agung Wanita UMNO
#PAU 2022
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan