awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waran tangkap: Exco Terengganu akan ke mahkamah Ahad ini

Bernama
Bernama
16/03/2023
12:33 MYT
Waran tangkap: Exco Terengganu akan ke mahkamah Ahad ini
Mohd Nor Hamzah berkata beliau akan hadir memberi keterangan pada perbicaraan Petisyen Pilihan Raya bagi Parlimen Marang di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Ahad ini. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA TERENGGANU: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Mohd Nor Hamzah berkata beliau akan hadir memberi keterangan pada perbicaraan Petisyen Pilihan Raya bagi Parlimen Marang di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Ahad ini.
Menerusi catatan di Facebook, beliau berkata ketidakhadirannya pagi tadi adalah kerana terlibat dengan beberapa program kerajaan negeri selain telah mencadangkan kepada peguam Barisan Nasional (BN) pada Rabu agar sesi perbicaraan itu dilaksanakan pada sebelah petang.
"Petang Rabu, PA (pembantu) saya memaklumkan peguam BN cadang supaya (saya) hadir pada 10 pagi Khamis (hari ini) tetapi saya mencadangkan petang sebab saya banyak komitmen program pada sebelah pagi," katanya.
Mahkamah Pilihan Raya Terengganu hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap Mohd Nor kerana gagal hadir memberi keterangan pada perbicaraan Petisyen Pilihan Raya bagi Parlimen Marang.
Perintah tersebut dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Datuk Hassan Abdul Ghani selepas peguam pempetisyen, Muhammad Amin Othman memohon satu waran tangkap dikeluarkan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payong itu.
Perbicaraan bagi Petisyen Pilihan Raya Parlimen Marang bersambung Ahad ini (19 Mac).
Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 12 Feb lepas menolak bantahan awal yang dikemukakan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk membatalkan petisyen keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Marang yang difailkan calon BN.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#waran tangkap
#Mohd Nor Hamzah
#hadir ke mahkamah
#Parlimen Marang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan