awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gagal hadir beri keterangan, Exco Terengganu kena waran tangkap

Sinar Harian
Sinar Harian
16/03/2023
07:09 MYT
Gagal hadir beri keterangan, Exco Terengganu kena waran tangkap
Mohd Nor gagal hadir memberikan keterangan di perbicaraan Petisyen Pilihan Raya bagi Parlimen Marang pada Khamis. - Gambar/ FB Ustaz Mohd Nor Hamzah
KUALA TERENGGANU: Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada Khamis mengeluarkan waran tangkap kepada Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd Nor Hamzah kerana gagal mematuhi perintah mahkamah.
Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani yang bersidang sebagai Hakim Pilihan Raya mengeluarkan perintah itu selepas Mohd Nor gagal hadir memberikan keterangan di perbicaraan Petisyen Pilihan Raya bagi Parlimen Marang pada Khamis.
Peguam pempetisyen, Amin Othman memohon satu waran tangkap dikeluarkan mahkamah terhadap Mohd Nor yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong atas kegagalan tersebut.
Amin ketika dihubungi Sinar Harian berkata, pada 14 Mac lalu Hassan telah mengarahkan Mohd Nor untuk hadir ke mahkamah pada Khamis pagi untuk menyambung memberikan keterangan.
“Namun begitu, pada pagi ini (16 Mac), YB Mohd Nor telah gagal untuk menghadirkan diri ke mahkamah. Perbicaraan bagi petisyen Pilihan Raya Parlimen Marang akan disambung pada 19 Mac nanti,” katanya.
Mahkamah Pilihan Raya Terengganu sebelum ini menolak bantahan awal Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang bagi menolak petisyen pilihan raya yang difailkan calon Barisan Nasional (BN), Jasmira Othman untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Mahkamah Pilihan Raya telah menetapkan tarikh bagi sambung bicara petisyen ini pada 19 Mac dan dijangka selesai pada 21 Mac. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohd Nor Hamzah
#Exco Terengganu
#waran tangkap
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan