KUALA LUMPUR : Parti Warisan yang bakal melebarkan sayapnya ke seluruh negara dijadual bermula pada 17 Disember.

Justeru, satu sidang media berhubung pelaksanaan itu bakal diadakan bertempat Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur yang dijadual berlangsung pada jam 9 pagi.

Pada majlis itu juga, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut dijangka menyampaikan ucapan perasmiannya sebelum disusuli dengan sesi dialog.

Majlis itu seterusnya akan diteruskan kepada acara pelancaran Parti Warisan Peringkat Nasional.

Sebelum ini, Shafie Apdal menyatakan hasrat untuk memperluaskan sayap partinya hingga ke Semenanjung bagi meneruskan perjuangan pemimpin terdahulu.

Usaha itu juga dibuat bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).