Warisan nafi berlaku perubahan dalam kerajaan Sabah

Isabelle Leong
Mac 2, 2020 11:02 MYT
Dakwaan bahawa terdapat perubahan kerajaan di Sabah akibat impak di peringkat persekutuan adalah tidak benar dan merupakan permainan pembangkang.
Parti Warisan Sabah (Warisan) menyangkal dakwaan bahawa terdapat perubahan kerajaan di Sabah akibat impak di peringkat persekutuan.
Menerusi satu kenyataan pada Isnin, Setiausaha Agung Warisan Datuk Loretto Padua berkata dakwaan tersebut adalah tidak benar dan merupakan permainan pembangkang.
“Ini tidak benar dan ia semua adalah mainan pembangkang bagi mengurangkan keyakinan rakyat kepada kerajaan Sabah.
“Ahli Dewan Undangan Negeri dan juga Ahli Parlimen Warisan sentiasa berpegang kepada prinsip serta berintegriti tinggi dan setia pada perjuangan parti,” kata Loretto.
BACA: Landskap politik Sabah bakal berubah - Penganalisis
Katanya lagi, sokongan dan kesetiaan anggota kepada parti serta kerajaan Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak boleh dipersoalkan.
#Ahli Dewan Undangan Negeri #ahli Parlimen #dakwaan #Loretto Padua #Mohd Shafie Apdal #Parti Warisan Sabah #Setiausaha Agung #Warisan