awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar UniSZA maut kereta dirempuh
United pecat Amorim, Darren Fletcher ambil alih sementara
97 pusat operasi penipuan dalam talian tumpas, 1,070 ditahan - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warisan sedia jalin kerjasama dengan gabungan politik yang menang PRU15

Bernama
Bernama
25/06/2022
16:28 MYT
Warisan sedia jalin kerjasama dengan gabungan politik yang menang PRU15
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata ini kerana pihak yang menang pada PRU15 merupakan parti pilihan rakyat. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) sedia menjalin kerjasama dengan mana-mana gabungan politik yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi memastikan kestabilan politik dan menjaga kepentingan rakyat negara ini, kata Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Ahli Parlimen Semporna itu berkata ini kerana pihak yang menang pada PRU15 merupakan parti pilihan rakyat, justeru Warisan menghormati keputusan tersebut dengan menjalin kerjasama menguntungkan kepada rakyat di peringkat Persekutuan dan juga Sabah.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa persefahaman yang dibentuk itu mestilah sebuah kerjasama pintar serta tidak berat sebelah dan paling penting, meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segalanya.
"Sama ada Barisan Nasional, Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan (menang PRU15), bila rakyat sudah buat keputusan, kita kena hormat... kita tidak boleh menafikan hak rakyat di negara ini tetapi saya tolak Langkah Sheraton, lompat sana lompat sini kerana itu bukan mandat yang diberikan rakyat.
"Selepas pilihan raya, rakyat putuskan... nakkan kestabilan politik tetapi mesti ada kerjasama pintar," katanya menerusi sesi perkongsian secara langsung dalam talian di laman Facebook malam ini.
Mohd Shafie menjawab soalan seorang peserta sesi itu yang ingin tahu sama ada Warisan mahu bekerjasama dengan Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan sekiranya gabungan politik itu memenangi PRU15 dalam sesi perkongsian bertajuk Gabungan dan Pakatan: Demi Rakyat atau Demi Poket.
Beliau turut menegaskan langkah Warisan melebarkan sayapnya ke Semenanjung tidak akan mengganggu-gugat perjuangan asal parti itu untuk membela rakyat dan negeri Sabah.
"Kita mesti bergabung dengan seluruh Malaysia... Presidennya (Warisan) dari Sabah tetapi isterinya orang Kedah.
"Kita sedang membina sebuah negara... sudah berpuluh tahun gabungan politik berpecah-pecah, mungkin perlukan angin dari timur (untuk satukan)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Warisan
#Mohd Shafie Apdal
#kerjasama
#gabungan politik
#pilihan raya umum
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan