awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] RUU hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dibentang 19 Jan - PM Anwar
Menantu Hadi Awang didakwa sertai perhimpunan Kampung Sungai Baru
Latvia lapor kerosakan kabel dasar laut di Laut Baltik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warisan sokong Belanjawan 2021 sekiranya fokus bantu rakyat - Mohd Shafie

Bernama
Bernama
27/10/2020
13:14 MYT
Warisan sokong Belanjawan 2021 sekiranya fokus bantu rakyat - Mohd Shafie
Shafie berkata kerajaan perlu memastikan COVID-19 yang melanda Sabah diuruskan dengan sebaik mungkin.
KOTA KINABALU:Parti Warisan Sabah (Warisan) menegaskan tiada masalah untuk menyokong Belanjawan 2021 sekiranya perinciannya secara menyeluruh berfokus untuk membantu rakyat, mengatasi COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara, kata presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Semporna itu mengambil contoh di negeri Sabah di mana sektor perubatan dan kesihatan jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain, justeru Belanjawan 2021 perlu memberi fokus kepada menyelesaikan kekurangan tersebut demi manfaat rakyat Sabah.
Katanya, kerajaan perlu memastikan COVID-19 yang melanda Sabah diuruskan dengan sebaik mungkin termasuk menyediakan lebih banyak pusat kuarantin yang berdekatan dengan masyarakat demi memastikan rakyat tidak mengalami kesusahan.
"Bertepatan dengan apa kita katakan selaras seperti apa dititahkan Tuanku, Raja-raja Melayu bahawa kepentingan rakyat dan kepentingan negara itu penting bagi kita. Kalau untuk kepentingan rakyat contohnya bantuan makanan bagi meringankan bebanan, kita akan bagi sokongan," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Ahad lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menegaskan bahawa Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen akan datang adalah amat penting kepada rakyat.
Menurut Seri Paduka, Belanjawan 2021 itu amat penting kepada rakyat dalam menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.
Mohd Shafie berkata beliau juga berharap Belanjawan 2021 bukan hanya berpaksikan kepada pembangunan semata-mata tetapi turut melibatkan rakyat dan komuniti perniagaan yang terjejas teruk akibat COVID-19.
Beliau berkata dengan semakin banyak syarikat yang tertekan dengan situasi ekonomi masa ini, suatu langkah perlu diambil untuk memastikan sektor ekonomi disuburkan kembali sebelum kerajaan mengenakan cukai terhadap syarikat-syarikat berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Shafie Apdal
#Warisan
#Yang di-Pertuan Agong
#COVID-19
#perubatan
#kesihatan
#ekonomi
#Belanjawan 2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan