Warisan terima ahli parti lain sebab tiada calon berwibawa? - Armizan

Armizan menjelaskan GRS merupakan gabungan baharu yang menyatukan parti-parti tempatan atas dasar perjuangan bersama, dan bukan hasil daripada 'lompat demi kuasa'. - Gambar fail/KPDN
KOTA KINABALU: Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali, menempelak Parti Warisan (Warisan) kerana masih menuduh GRS sebagai “parti lompat”.
Ringkasan AI
- Armizan Mohd Ali, Timbalan Setiausaha Agung GRS, menegur Parti Warisan kerana menuduh GRS sebagai "parti lompat" dan mendakwa Warisan kini menjadi tumpuan pemimpin yang berpindah parti menjelang Pilihan Raya Negeri.
- Armizan menekankan bahawa Warisan tidak sepatutnya menuding jari terhadap GRS tanpa mengambil kira tindakan mereka sendiri yang menerima ramai ahli politik daripada parti lain.
- GRS dinyatakan sebagai gabungan baharu yang bersatu atas dasar perjuangan bersama, bukan hasil daripada "lompat demi kuasa", sambil mengenang sejarah insiden lompat parti Sabah yang sering menyebabkan pertukaran kerajaan.
“Dalam menuding jari ke arah GRS, saya fikir perlu juga mereka yang bercakap, termasuklah barisan politikus lama, melihat kepada diri sendiri.
“Adakah mereka tidak pernah bertukar parti? Adakah parti mereka suci tidak pernah menerima pemimpin lompat daripada parti lain?,” soalnya dalam satu rakaman video yang dimuat naik di Facebook pada Sabtu.
Beliau menambah, ironi apabila parti yang paling lantang menentang budaya lompat parti, kini didakwa menjadi pihak yang paling gembira menyambut pemimpin parti lain.
Armizan juga mendakwa langkah Warisan menerima ramai ahli politik daripada luar, seolah-olah parti itu kekurangan calon berwibawa daripada barisan sendiri.
“Dihalalkan atas nama kerana yakin kepada perjuangan mereka.
“Khabarnya mereka-mereka ini dijanjikan bakal calon, benar atau tidak, sama-sama kita lihat.
“Mungkin inilah jadinya bila mana parti sendiri tidak ada calon yang diyakini layak, maka diumpan lah pemimpin-pemimpin parti lain yang kemaruk menjadi calon dan diliha tidak boleh jadi calon dalam parti sendiri,” katanya.
Ahli Parlimen Papar itu menjelaskan GRS merupakan gabungan baharu yang menyatukan parti-parti tempatan atas dasar perjuangan bersama, dan bukan hasil daripada 'lompat demi kuasa'.
Armizan turut mengimbas sejarah politik Sabah yang sering dicemari oleh insiden lompat parti hingga menyebabkan pertukaran kerajaan, termasuk peristiwa selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) 1994 dan 2018.
Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa GRS yang membawa legasi memperkenalkan semula Undang-Undang Anti Lompat Parti di Sabah, melalui pindaan Perlembagaan Negeri yang dibentang oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, dan diluluskan pada 25 Mei 2023.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


