[TERKINI] Polis Kenal Pasti 50 Peserta Program Motivasi eHati – Amaran Tangkapan Jika Enggan Bekerjasama – Ikuti Perkembangan Di Sini
POLITIK

Warisan tetap bersama Tun Mahathir

Astro Awani 24/02/2020 | 09:55 MYT
Mohd Shafie Apdal (kanan) berkata, pemimpin Sabah akan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat negeri itu. - Astro AWANI
Parti Warisan Sabah menyatakan ketetapannya untuk menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Dalam satu kenyataan ringkas, parti itu menyatakan bahawa Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pemimpin Sabah akan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat negeri itu terutamanya dalam suasana politik negara sekarang.

Untuk rekod, Warisan mempunyai sembilan kerusi di Dewan Rakyat.

Meskipun Warisan hanya mempunyai sembilan kerusi, peranannya bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mempunyai 18 kerusi tetap penting dalam menentukan pembentukan Kerajaan Persekutuan sekarang.

BACA: GPS, Warisan dan kuasa penentu Kerajaan Persekutuan





#Mahathir Mohamad #Malaysia #menteri #Mohd Shafie Apdal #Perdana Menteri #politik #presiden #rakyat #Shafie Apdal #Warisan