awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warisan tidak bertanding PRN di 6 negeri - Shafie Apdal

Sinar Harian
Sinar Harian
11/05/2023
01:40 MYT
Warisan tidak bertanding PRN di 6 negeri - Shafie Apdal
Mohd Shafie ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka ADUN Tanjung Aru anjuran bersama Bahagian Putatan di Tanjung Aru, Kota Kinabalu, malam tadi. - Foto Sinar Harian
KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dan hanya membantu menyokong calon yang akan bertanding nanti.
Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, perkara itu telahpun disampaikan kepada pemimpin parti Kerajaan Perpaduan baru-baru ini.
"Saya sudah nasihatkan untuk mereka jangan bertanding dan saya telah maklumkan dalam mesyuarat induk Perpaduan baru-baru ini bahawa kita tidak akan minta kerusi walaupun pada peringkat awal ada usaha nak bagi Warisan di Kedah.
"Saya beritahu kita menyokong, bagi memastikan bahawa tidak perlu kita bertanding walaupun kita ada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), walaupun kita ada kekuatan semasa pilihan raya peringkat Parlimen ada 4,000 undi, bukan tidak boleh bertanding tetapi kita mahu sebab itu keikhlasan kita," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka ADUN Tanjung Aru Anjuran Bersama Bahagian Putatan di Tanjung Aru malam tadi.
Mohd Shafie berkata, keputusan itu termasuk tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai yang disandang Bryan Lai Wai Chong di Selangor.
"Bila saya bincang dengan dia (Bryan Lai), selepas itu saya bincang dengan Menteri Besar dan saya ada cadangan dan itu terserah dengan Menteri Besar bagaimana untuk membantu," katanya.
Tambah beliau lagi, PRN itu berlangsung di enam negeri di mana Warisan tiada jenteranya sendiri namun mempunyai penyokong yang boleh membantu calon yang akan bertanding nanti. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Shafie Apdal
#PRN
#Warisan
#DUN Teratai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan