SEMPORNA: Parti Warisan (Warisan) memutuskan untuk tidak bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) di Semenanjung Malaysia membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu.
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata keputusan itu diambil bagi memberi tumpuan memperkukuhkan Warisan di Sabah.
"Saya sudah maklumkan, kita ada satu orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di sana (ADUN Teratai Bryan Lai Wai Chong), saya dah nasihat mereka bantu dan jangan bertanding, mereka terima dengan baik.
"Saya juga ada berjumpa dengan Ong Tee Keat di Kuala Lumpur, dia (sebelum ini) bertanding di Parlimen Pandan, saya juga nasihat dan setakat ini sehingga PRN akan datang Warisan tidak akan bertanding," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pemimpin bersama rakyat di sini hari ini.
Sebelum ini Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata enam negeri tersebut sepakat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 lepas, Warisan bertanding di keseluruhan 52 kerusi Parlimen seluruh negara iaitu 25 kerusi Parlimen di Sabah, satu di Labuan, manakala selebihnya kerusi Parlimen di Semenanjung.
Sementara itu, Mohd Shafie berkata Warisan akan melihat dan mempertimbangkan parti yang mahu bekerjasama untuk PRN di Sabah yang akan datang.
"Kita akan timbang, saya tidak mahu pula nanti esok bukan YB (Yang Berhormat) saja melompat (parti), tengok-tengok kita sudah bantu parti itu, dia ada 10 kerusi, tiba-tiba parti sekali melompat, ini yang perlu diperhalusi," katanya.
Beliau berharap kerajaan negeri membawa usul berkenaan rang undang-undang antilompat parti ke persidangan DUN Sabah untuk dibentangkan dan diluluskan, supaya dapat mewujudkan satu undang-undang yang memberi pengajaran kepada, bukan sahaja wakil rakyat melompat, tetapi pihak yang menerima 'si pelompat'.
"Kalau sekiranya kerajaan negeri tidak ada keupayaan untuk bentang rang undang-undang (antilompat), saya punya undang-undang persendirian sudah siap untuk kita bentang di dewan dan kita minta supaya semua beri sokongan," katanya.
Mohd Shafie berkata perkara itu penting bagi menghentikan segala budaya termasuk lompat parti yang mengganggu kestabilan keadaan politik di Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2023

Mohd Shafie berkata keputusan itu diambil bagi memberi tumpuan memperkukuhkan Warisan di Sabah. - Foto FB @Shafie Apdal

Lawak melampau, orang ramai kecam Jocelyn Chia
Pelawak itu menggunakan isu MH370 dan pembangunan negara sebagai 'modal' jenakanya yang disifatkan sebagai melampau dan tidak sensitif.

Lans Koperal didakwa peras ugut wanita RM200
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Kerusi PRN: Tiada lagi perbincangan peringkat negeri, Majlis Presiden putuskan - Aminuddin
Pengagihan kerusi DUN Negeri Sembilan bersama BN diputuskan oleh Majlis Presiden PH bagi menghadapi PRN tidak lama lagi.

DAP tidak usik agenda Melayu yang diperjuangkan UMNO - Zahid
Penegasan Ahmad Zahid itu sekali gus menolak kritikan yang dilempar pihak tertentu terutama pembangkang, berhubung kerjasama di antara UMNO dengan DAP.

Polis Thailand bantu kesan wanita Malaysia hilang - PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan Polis Thailand bagi mengesan rakyat Malaysia, Chong Sum Yee, 22, yang hilang di Chiang Mai, Thailand sejak 1 Jun lepas.

Dakwa Pulau Pinang milik Kedah: Sanusi nafi desak pinda Perlembagaan Persekutuan
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dakwaan bahawa beliau mendesak agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi mengembalikan Pulau Pinang kepada Kedah.

Rangkaian 5G capai 62.1 peratus liputan setakat akhir Mei 2023 - Fahmi
Rangkaian 5G negara mencapai 62.1 peratus liputan kawasan berpenduduk (CoPA) setakat 31 Mei, 2023 melibatkan 5,058 tapak, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Peniaga pakaian didakwa buat hantaran hina Islam
Seorang peniaga pakaian mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan membuat hantaran menghina Allah, nabi dan agama Islam di laman sosial Facebook.

Empat atlet Perak bawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Khas Dunia
Empat atlet dari Negeri Perak antara yang akan mewakili negara pada Sukan Olimpik Khas Dunia yang berlangsung di Berlin, Jerman pada 17 hingga 25 Jun ini.

13 kontena terbakar di Pelabuhan Klang
Sebanyak 13 kontena mengandungi bahan mudah terbakar jenis aerosol musnah dalam kebakaran di kawasan kontena milik Northport (Malaysia) Bhd dekat Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, pagi tadi.

Kelantan sasar kemasukan 7 juta pelancong
Sasaran itu adalah berdasarkan peningkatan jumlah pelancong ke Kelantan pascapandemik COVID-19.

Geopark Negara Kinabalu diisytihar sebagai The Kinabalu Unesco Global Geopark
Keputusan itu dibuat oleh Lembaga Eksekutif UNESCO di Paris dua hari lepas, yang meletakkan Sabah sebaris dengan Pulau Jeju di Korea Selatan dan Shennongjia di China.

Kebakaran musnahkan bangunan Pejabat Pos Besar Manila
Kebakaran besar memusnahkan bangunan pejabat pos bersejarah di ibu negara Filipina, kata pegawai pada Isnin, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Warisan tidak bertanding PRN di 6 negeri - Shafie Apdal
Mohd Shafie berkata, perkara itu telahpun disampaikan kepada pemimpin parti Kerajaan Perpaduan baru-baru ini.

Penemuan Masjid Lama Ipoh yang 'hanyut' ke Kampung Gajah
Masjid yang mencecah usia lebih 100 tahun itu merupakan antara yang tertua di Kinta, bukti tinggalan sejarah masyarakat Melayu di Ipoh.

Kerajaan P. Pinang komited memelihara status UNESCO - Exco
Sesi Town Hall diadakan bagi memberi kesedaran mengenai kepentingan nilai-nilai warisan dan nilai keunggulan sejagat dalam TWDGT.

World #QuranHour: Konvoi bermotosikal Pembawa Panji Al-Abrar bawa mesej Memanusiakan Manusia
Pecutan akhir kempen World #QuranHour 1444H menampilkan program konvoi Pembawa Panji Al-Abrar Bermotosikal dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

World #QuranHour: Surah Al-Insan dipilih dengan tema memanusiakan manusia
Penganjuran World #QuranHour diharapkan dapat menjadikan masyarakat negara ini terdidik dengan akhlak Al-Quran.

Dua maut, tiga hilang helikopter terhempas di Vietnam
Helikopter itu berlepas pada 4.56 petang waktu tempatan dan terputus hubungan kira-kira pukul 5.15 petang.

Banyak lagi usaha yang boleh dilakukan untuk pelihara warisan kraf - Tunku Azizah
Tunku Azizah percaya Malaysia boleh melakukan lebih banyak lagi usaha bagi memelihara warisan kraf, walaupun pada yang sama memperakui bahawa kerajaan telah melakukannya dengan baik sekali.