awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yayasan Wilayah Persekutuan bukan bersifat politik, tidak terikat mana-mana parti politik

Astro Awani
Astro Awani
24/05/2018
08:13 MYT
Yayasan Wilayah Persekutuan bukan bersifat politik, tidak terikat mana-mana parti politik
Kenyataan media oleh Yayasan Wilayah Persekutuan
PENJELASAN TENTANG FUNGSI DAN PERANAN YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) telah ditubuhkan pada 9 April 1986 di bawah Akta Syarikat 1957 sebagai sebuah syarikat berhad dengan jaminan.
YWP memulakan operasi pada tahun 1996 dan seperti mana klausa yang terkandung di dalam Memorandum and Articles of Association (M&A) YWP, mana-mana ahli-ahli Dewan Rakyat yang dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan atau memegang mana-mana portfolio yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kemajuan dan pembangunan Wilayah Persekutuan secara dasarnya akan dilantik menjadi Pengerusi YWP.
Oleh yang demikian, Pengerusi YWP memiliki sepenuhnya kuasa untuk menama dan melantik Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) di dalam YWP.
Selain bertanggungjawab memandu dasar dan hala tuju YWP, ALPA juga bertanggungjawab menjana sumber kewangan berterusan dan memastikan semua pendapatan atau harta YWP haruslah dimanfaatkan ke arah mencapai objektif penubuhannya.
Antara pemimpin yang pernah menjadi Pengerusi YWP ialah, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Datuk Seri Dr. Suleiman Mohamed, Tan Sri Isa Samad, Tan Sri Dr. Zulhasnan Rafique, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan yang terakhir adalah Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Manakala YAB Tun Dr. Mahathir Mohamed juga pernah menjadi Penasihat Utama YWP Lembaga Pemegang Amanah YWP, pada tahun 1997.
Tidak seperti Yayasan-yayasan negeri lain yang memperolehi geran dan suntikan dana daripada pihak kerajaan, syarikat tanpa pemilikan modal seperti YWP bergerak di atas daya usaha dan inisiatif sendiri melalui penglibatan di dalam sektor pelaburan, perniagaan dan hartanah.
Manfaat dan hasil daripada sektor-sektor terbabitlah membolehkan YWP melaksanakan pelbagai program pembangunan Pendidikan, Kebajikan, Sosial dan kesejahteraan Komuniti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Antara program-program yang berimpak tinggi dilaksana dan memberi kesan kepada rakyat ialah program Skim Prihatin, Biasiswa dan Pinjaman Khas Pendidikan, bantuan One-Off Pendidikan, program bantuan rakyat di musim perayaan, program Terminal Sejahtera, program Ceria Ke Sekolah, bantuan kebajikan warga emas dan OKU, bantuan pembangunan komuniti dan pelbagai jenis bantuan untuk warga Wilayah Persekutuan.
Sejak ditubuhkan YWP telah menerima pelbagai pengiktirafan daripada pelbagai syarikat di atas usaha dan komitmen YWP terutamanya di bidang pendidikan dan kebajikan komuniti.
Sebagai sebuah syarikat yang mendukung konsep demokrasi, berkerajaan dan “Government of the Day”, YWP bukanlah syarikat bersifat politik, tidak terikat kepada mana-mana parti politik mahupun pengaruh mana-mana individu.
Sebaliknya YWP berperanan sebagai syarikat yang mendukung visi dan misi kerajaan semasa dan telus di dalam memberikan perkhidmatan kepada semua warga Wilayah Persekutuan tanpa mengira bangsa dan agama.
YWP 21 Mei 2018

*Kenyataan media ini disediakan oleh Yayasan Wilayah Persekutuan bertarikh 21 Mei 2018
Topic Berkaitan
#Tengku Adnan Tengku Mansor
#Yayasan Wilayah Persekutuan
#ywp
#YWP bukan milik UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan