awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Yusof, James memang suka lompat parti" - Bung Moktar gesa SPRM siasat ADUN Sabah

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
21/02/2023
10:48 MYT
"Yusof, James memang suka lompat parti" - Bung Moktar gesa SPRM siasat ADUN Sabah
Datuk Seri Bung Moktar Radin mendakwa, individu-individu yang suka melompat parti itu didakwa menerima habuan dalam bentuk wang ringgit ataupun tawaran jawatan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Bung Moktar Radin menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyiasat Ahli-Ahli Dewan Negeri (ADUN) di Sabah termasuk lima daripada UMNO yang bertindak melompat parti.
Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, individu-individu yang suka melompat parti itu didakwa menerima habuan dalam bentuk wang ringgit ataupun tawaran jawatan.
Beliau menegaskan, perbuatan tersebut perlu dihentikan bagi memastikan kestabilan politik khususnya di Sabah.
"Saya minta pihak SPRM siasat mereka yang melompat ini sebab memalukan.
"Di Sabah terkenal dengan wakil rakyatnya yang suka lompat parti. Dia lompat bertanding memasang hasrat dan menang saja, dia akan cari mana ada peluang untuk melompat dan jadi menteri, pembantu menteri atau dapat satu, dua atau lima juta," dakwa Bung Moktar ketika membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Selasa.
Hari ini, lima ADUN UMNO Sabah mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Mereka ialah Datuk Yusof Yacob (Sindumin), Datuk Jasnih Daya ( Pantai Dalit), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk), Datuk James Ratib (Sugut) serta Datuk Hamid Awang (Balung).
Mengulas lanjut, Bung Moktar yang juga ADUN Lamag turut menyindir Yusof dan James dengan menggelar mereka sebagai individu gemar melompat parti.
Justeru, beliau tidak terkejut sekiranya satu hari nanti Gagasan Rakyat yang dipimpin oleh Hajiji hilang kuasa disebabkan oleh dua individu berkenaan.
"ADUN Sugut (James), dia masuk semua parti dalam Malaysia ini... tidak ada satu pun parti dia tak masuk sebab dia mengejar jawatan dan pangkat sehingga terlupa bahawa rakyat di bawah akan menghitung perbuatan yang dia buat.
"Seorang lagi ialah bekas Timbalan Speaker dulu iaitu Datuk Yusof... semua parti dia sudah singgah. Saya beri jaminan bahawa PGRS (Gagasan Rakyat) jika hilang kuasa, ini dua orang ini akan melompat meninggalkan Hajiji," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Bung Moktar Radin
#Hajiji Noor
#ADUN Umno Sabah lompat parti
#lima ADUN Sabah keluar UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan