awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahid perlu utamakan komponen BN, bukan DAP - MCA

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
22/05/2023
03:30 MYT
Zahid perlu utamakan komponen BN, bukan DAP - MCA
Datuk Chong Sin Woon berkata, Ahmad Zahid haruslah menjaga kepentingan dan mengutamakan parti-parti komponen BN, bukannya PH terutamanya DAP.
KUALA LUMPUR: MCA mengingatkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar berpegang kepada prinsip dan berhati-hati dalam segala perkara berkaitan hubungan atau kerjasama antara BN dan Pakatan Harapan (PH).
Menurut Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon, Ahmad Zahid haruslah menjaga kepentingan dan mengutamakan parti-parti komponen BN, bukannya PH terutamanya DAP.
"Kerjasama antara BN dan PH perlulah ada timbal balas dan menguntungkan kedua-dua pihak.
"Ditegaskan juga bahawa apa jua pendirian dan pandangan oleh MCA mestilah dikeluarkan oleh pemimpin MCA, khususnya Presiden MCA (Datuk Seri Wee Ka Siong), bukannya pihak lain," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Pada Sabtu, Ahmad Zahid dilapor berkata, pengundi UMNO boleh menggunakan konsep sama ketika menyokong dan mengundi calon MCA pada pilihan raya sebelum ini, untuk menyokong calon daripada DAP.
Jelasnya, atas dasar kebersamaan, kaedah itu boleh digunakan untuk memilih calon dalam parti Kerajaan Perpaduan.
Topic Berkaitan
#Chong Sin Woon
#MCA
#Zahid Hamidi
#sokong DAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan