awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zaman politik parti 'letak songkok boleh menang' sudah berakhir - Nor Saidi

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
27/04/2018
01:46 MYT
Zaman politik parti 'letak songkok boleh menang' sudah berakhir - Nor Saidi
NOR SAIDI: Politik kepartian yang zaman 'letak songkok pun boleh menang' telah berakhir. - Facebook/Nor Saidi Nanyan
Pengundi kini sudah semakin bijak untuk memilih calon wakil rakyat terbaik dan sentiasa ada masa untuk mereka.
Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuah, Nor Saidi Nanyan memberitahu, ia perbezaan besar yang harus diakui parti dalam penentuan meletakkan calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini.
"Tetapi politik kepartian yang zaman 'letak songkok pun boleh menang' ini telah berakhir. Kalau di Langkawi ataupun di Kuah, faktor-faktor lain kini menjadi faktor penentu.
"Ia termasuk faktor calon, faktor isu dan juga faktor janji yang tidak ditepati.
"Pengundi sama ada sampai di kotak undi itu, dia terbayang apa yang sepatutnya menjadi pendorong kepada dia untuk mengundi seseorang calon," katanya ketika ditemui di sini pada Khamis.
BACA: PAU2017: Zaman letak songkok, songkok menang, sudah lama berlalu - Khairy
BACA: PRU14: Nawawi serba salah tanding kerusi Langkawi lawan Tun M
Pada PRU13, Nor Saidi menang dengan 10,263 undi di DUN Kuah dengan majoriti 6,371 dan menewaskan calon PKR, Datuk Ahmad Kasim (3,892) dan calon Bebas, Zaflee Pakwanteh (117).
Dalam pada itu, katanya, pengalamannya pada penggal lepas diibarat mengajarnya untuk lebih konsisten dalam memberi bakti kepada masyarakat di kawasannya.
"Ia seolah sebuah falsafah politik. Kita berlari di dalam maraton jauh, tetapi tetap konsisten dalam larian," katanya.
Pada Perhimpunan Agung UMNO 2017, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin meminta supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengemukakan calon yang menepati citarasa pada PRU14.
Jelasnya, ketika ini bukan lagi zaman yang mudah untuk Barisan Nasional menang dengan hanya meletakkan calon sembarangan.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Kuah
#Langkawi
#Mahathir Mohamad
#Najib Razak
#PKR
#PRU14
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan