KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, beliau bersetuju sekiranya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).
"Saya amat mengalu-alukan sekiranya Tun Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) sertai PN," katanya ketika ditanya mengenai kemungkinan bekas Pengerusi Bersatu itu bekerjasama dengan PN.
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri program Srikandi Muda Leadership Empowerment, di sini hari ini.
Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, beliau pernah menyuarakan cadangan agar PN menjalinkan kerjasama dengan Ahli Parlimen Langkawi itu sebelum ini.
Media baru-baru ini melaporkan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, gabungan itu sedia menerima mana-mana individu untuk menyertainya termasuk Dr Mahathir, namun perlu mengikut semua ketetapan perlembagaan parti tanpa sebarang syarat.
Dr Mahathir yang juga Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sebelum ini mengulangi pendiriannya yang beliau sedia menimbang kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk PN hanya sekiranya tiada 'penyangak' dalam parti berkenaan.
Mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di bazar Ramadan di bawah pihak berkuasa tempatan, Zuraida berkata, hingga hari ini, satu bazar di Pulau Pinang dikompaun manakala tiga lagi bazar diarahkan tutup masing-masing di Kedah, Terengganu dan Selangor, kerana gagal mematuhi SOP.
Katanya, memasuki hari ke-11 Ramadan, peniaga dan penganjur bazar kini semakin berpengalaman dan teratur dalam pengurusan gerai mereka mengikut SOP yang ditetapkan.
"Secara keseluruhan, sebanyak 1,122 bazar beroperasi. Tiga diarahkan tutup tapi boleh beroperasi semula. Kita tengok (dan beri) taklimat balik mengenai SOP, perbetulkan dan perkemaskan SOP," katanya. - BERNAMA
Bernama
Fri Apr 23 2021
Zuraida pernah menyuarakan cadangan agar Perikatan Nasional menjalin kerjasama dengan Ahli Parlimen Langkawi itu sebelum ini. - Gambar fail
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
Kes saman fitnah selesai, Zuraida mohon maaf kepada Saifuddin Nasution
Kes saman fitnah oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail terhadap Datuk Zuraida Kamaruddin selesai apabila bekas Naib Presiden PKR itu membuat permohonan maaf secara terbuka.
'Syed Saddiq pemimpin muda yang berani, tak bacul' - Zuraida
Syed Saddiq merupakan seorang pemimpin muda yang menunjukkan sikap berani, kata Zuraida Kamaruddin.
Rayuan Zuraida terhadap perintah bayar RM10 juta kepada PKR didengar 1 Jul 2024
Mahkamah Rayuan menetapkan 1 Julai tahun depan untuk mendengar rayuan bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin.
Lantik Tun Mahathir penasihat SG4 langkah tepat - Zuraida
Pelantikan Tun Mahathirsebagai penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri ditadbir Pas atau SG4 sewajarnya diraikan.
Pejabat Zuraida nafi ada kaitan kes penipuan bernilai RM4 juta
Datuk Zuraida Kamaruddin menafikan dakwaan berhubung kes penipuan bernilai RM4 juta dan mempunyai kaitan dengan individu yang dikenali sebagai Adam Rosly Abdullah.
Tidak puas hati, Zuraida rayu keputusan bayar RM10 juta kepada PKR
Zuraida memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkannya membayar RM10 juta berhubung isu pelanggaran syarat bon yang mengikatnya kepada parti itu.
Jangan dahului mahkamah, Zuraida masih boleh buat rayuan - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin mengingatkan orang ramai supaya tidak mendahului atau menlangkaui kehakiman berhubung keputusan mahkamah yang memerintah Zuraida Kamaruddin membayar RM10 juta kepada PKR.
Keputusan tuntutan RM10 juta terhadap Zuraida belum muktamad - Azmin
Ini kerana bekas Naib Presiden PKR itu mempunyai hak di dalam Perlembagaan untuk membuat rayuan di mahkamah.
PKR teruskan saman 10 bekas ahli Parlimen keluar parti
Saifuddin Nasution berkata, fakta kes tersebut sama seperti saman yang dikemukakan PKR terhadap bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin.
Mahkamah perintah Zuraida Kamaruddin bayar RM10 juta kepada PKR
Zuraida diperintah bayar RM10 juta kerana melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada PKR.