Zuraida kritik 'Langkah Port Dickson'

Astro Awani
September 12, 2018 22:34 MYT
Zuraida turut risau jika tindakan langkah Port Dickson ini akan menyebabkan orang ramai menyoal kredibiliti parti. - Gambar fail
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin telah mengkritik keputusan kepimpinan Parti Keadilan untuk mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson bagi memberi laluan kepada Presiden Parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding.
Dalam sebuah kenyataan semalam, Zuraida menyoal ketelusan proses membuat keputusan oleh pemimpin parti itu.
"Tindakan yang dibuat sesetengah pemimpin PKR dilihat dangkal kerana tidak mengikut saluran betul dalam memutuskan untuk mengosongkan kerusi parlimen Port Dickson.
"Setiap keputusan perlu dilaksanakan secara musyawarah untuk mendapat sokongan seluruh anggota parti dan konsensus yang dicapai perlu selari dengan semangat reformasi dan demokrasi," ujarnya yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
BACA: Saya sudah telefon Tun M maklum Port Dickson pilihan saya - Anwar Ibrahim
BACA: Pas akan tentukan sama ada bertanding di PRK Port Dickson
Zuraida turut risau jika tindakan langkah Port Dickson ini akan menyebabkan orang ramai menyoal kredibiliti parti.
Pada Selasa, Naib Presiden PKR Tian Chua turut membidas perkembangan itu dan mendakwa pilihan raya kecil tersebut secara rahsia.
Ia susulan daripada kenyataan bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang mengatakan bahawa ‘keputusan penting tidak dibincangkan dengan semua orang dan hanya diselesaikan dengan beberapa orang’.
VIDEO: Inilah sebab kenapa saya akan bertanding di Port Dickson - Anwar
BACA: Penduduk Port Dickson paling bertuah - Rafizi
#Pakatan Harapan #PKR #politik #Zuraida Kamarudin