Skip to main content

Dunia

Piala Dunia 2026: England tundukkan Croatia 4-2, Kane sumbang dua gol

Soccer Football - FIFA World Cup 2026 - Group L - England v Croatia - Dallas Stadium, Arlington, Texas, U.S. - June 17, 2026 England's Harry Kane celebrates scoring their second goal REUTERS/Hannah Mckay
England memulakan kempen Piala Dunia dengan kemenangan 4-2 ke atas Croatia pada Rabu menerusi dua jaringan kapten Harry Kane (gambar) serta masing-masing satu gol daripada Jude Bellingham dan pemain gantian Marcus Rashford. - Gambar Reuters

ARLINGTON, TEXAS: England memulakan kempen Piala Dunia dengan kemenangan 4-2 ke atas Croatia pada Rabu menerusi dua jaringan kapten Harry Kane, serta masing-masing satu gol daripada Jude Bellingham dan pemain gantian Marcus Rashford.

Kane membuka tirai jaringan pada minit ke-12 melalui sepakan penalti ulangan, sebelum Croatia menyamakan kedudukan 24 minit kemudian apabila Martin Baturina memanfaatkan kelemahan bahagian tengah England dan melepaskan rembatan yang sempat disentuh Jordan Pickford namun gagal dihalang.

Kane kemudian menyamai rekod jaringan England dalam sejarah Piala Dunia iaitu 10 gol milik Gary Lineker selepas menanduk masuk hantaran sudut Declan Rice pada minit ke-42.

Namun Croatia kembali menyamakan kedudukan 2-2 pada masa kecederaan separuh masa pertama, apabila Petar Musa menyempurnakan hantaran tandukan Ivan Perisic sebelum meledak bola menewaskan Pickford.

Bersambung babak kedua, England kembali mendahului dua minit selepas rehat apabila Bellingham meluru dari tengah padang hasil lorongan Elliot Anderson sebelum melepaskan rembatan rendah yang menerjah tiang gol dan masuk.

Rashford kemudian memastikan kemenangan England menerusi gerakan serangan balas pada minit ke-85.

Kemenangan itu meletakkan England dalam kedudukan baik dalam Kumpulan L, yang turut dibarisi Ghana dan Panama. - Agensi

Must Watch Video

Advertisement