Skip to main content

Dunia

Piala Dunia FIFA jana lebih AS$18 bilion untuk ekonomi AS - Trump

61769554591_FIFAWorldCup.jpg
AS, Mexico dan Kanada menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak dunia berkenaan dari 11 Jun hingga 19 Julai lepas. - Gambar fail
Advertisement

WASHINGTON: Kejohanan Piala Dunia FIFA telah menjana lebih AS$18 bilion untuk ekonomi Amerika Syarikat (AS) serta menyokong lebih 160,000  pekerjaan, kata Presiden AS Donald Trump pada Jumaat.

"Piala Dunia FIFA sahaja telah menjana lebih 18 bilion dolar bagi ekonomi kita dan menyokong lebih 160,000 pekerjaan!" tulis Trump menerusi hantaran di platform Truth Social, laporkan Sputnik/RIA Novosti.

AS, Mexico dan Kanada menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak dunia berkenaan dari 11 Jun hingga 19 Julai lepas.

--BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Must Watch Video

Advertisement