Skip to main content

Malaysia

Ab Ghani Hassan Presiden FAM baharu

REMBAU, 17 Ogos - Presiden Malaysian Football League (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan ketika berucap pada Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Penajaan antara Bubbles O2 bersama MFL bagi Liga Malaysia 2026-2027 hingga 2028-2029 di Ibu Pejabat Bubbles O2, Pedas hari ini. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Ab Ghani (gambar) menewaskan Shahril yang hanya memperoleh lima undi.
Advertisement

PETALING JAYA: Presiden baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sah disandang oleh Datuk Ab Ghani Hassan yang memperoleh 20 undi daripada kesuluruhan 25 perwakilan dalam Kongres Luar Biasa Kedua FAM, di sini, pada Khamis.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Prof Datuk Abdullah Mohamad Said.

Ab Ghani yang akan menerajui FAM bagi baki penggal 2025-2029, menewaskan pencabar tunggal beliau iaitu Datuk Seri Shahril Mokhtar yang hanya memperoleh lima undi.

Ab Ghani sebelum ini menjawat jawatan Presiden Malaysian Football League (MFL) sejak Ogos 2021.

Selain itu, Naib Presiden 1 dipegang oleh Datuk Seri Rosmadi Ismail, manakala Naib Presiden 3 pula diberikan kepercayaan kepada Datuk Saaran Nadarajah

[BERITA LANJUT MENYUSUL]

Must Watch Video

Advertisement