Skip to main content

Sukan

Pecah rekod kebangsaan sembilan tahun, Irfan raih emas di Hungary

Jaguh lempar cakera negara, Irfan Shamshuddin, mencipta sensasi apabila menjuarai acara tersebut dalam Kejohanan Nemzetkozi Atletikai Balatkn Bajnoksag yang berlangsung di Hungary malam tadi.   Denga
Dengan catatan terkini itu, Irfan pada masa sama memecahkan rekod kebangsaan selama sembilan tahun miliknya sendiri. - Foto Astro ARENA
Advertisement

JAGUH lempar cakera negara, Irfan Shamshuddin, mencipta sensasi apabila menjuarai acara tersebut dalam Kejohanan Nemzetkozi Atletikai Balatkn Bajnoksag yang berlangsung di Hungary malam tadi.

Dengan balingan sejauh 62.87 meter (m), ia sekali gus menewaskan dua wakil tuan rumah untuk memenangi pingat emas.

Dengan catatan terkini itu, pemenang tujuh pingat emas Sukan SEA itu dalam masa sama memecahkan rekod kebangsaan selama sembilan tahun miliknya sendiri.

Catatan bersejarah itu hadir pada balingan keempat selepas tiga percubaan awal. Pada percubaan pertama, atlet kelahiran Negeri Sembilan itu melakukan balingan 60.81m mengatasi empat pencabar lain.

Dan, konsistensinya melepasi 59m menghadiakan kejuaraan terbaru buat dirinya.

Must Watch Video

Advertisement