Skip to main content
Advertisement

Sukan

Sukan Asia: Tewaskan Korea Selatan, Malaysia raih perak kedua!

Pingat perak pertama hari ini berjaya dihadiahkan, sekali lagi menerusi sukan terjun dalam Sukan Asia Aichi-Nagoya sebentar tadi.  Gandingan Enrique Harrold-Elvis Priestly cemerlang dalam acara 10 meter (m) platform seirama lelaki dengan keseluruhan 377.52 mata di Pusat Akuatik Tokyo._Stadium Astro
Gandingan Enrique Harrold-Elvis Priestly cemerlang dalam acara 10 meter (m) platform seirama lelaki dengan keseluruhan 377.52 mata di Pusat Akuatik Tokyo.
Advertisement

PINGAT perak pertama hari ini berjaya dihadiahkan, sekali lagi menerusi sukan terjun dalam Sukan Asia Aichi-Nagoya.

Gandingan Enrique Harrold-Elvis Priestly cemerlang dalam acara 10 meter (m) platform seirama lelaki dengan keseluruhan 377.52 mata di Pusat Akuatik Tokyo.

Pasangan negara yang baru sahaja digandingkan untuk temasya Sukan Asia kali ini bersaing rapat dengan pasangan Korea Selatan serta Jepun dalam memburu pingat, sehinggalah pada terjunan yang ketiga dan keempat apabila mereka berjaya menampilkan terjunan kemas lantas menjarakkan mata.

Terjunan kelima dan yang terakhir bagaikan menutup persembahan cemerlang mereka apabila satu terjunan dengan darjah kesukaran 3.6 diakhiri dengan cantik dan hampir sempurna, seterusnya berjaya menghasilkan 81 mata, kutipan mata tertinggi sepanjang lima terjunan.

Enrique Harrold yang berusia 23 tahun manakala Elvis Priestly, 19 tahun membutirkan pingat perak pertama buat skuad terjun negara untuk temasya Sukan Asia kali ini dan, ini merupakan pingat perak kedua Kontinjen Malaysia setakat ini.

Emas dimiliki oleh juara dunia dari China sementara gangsa menjadi kepunyaan Korea Selatan. -- Stadium Astro

Must Watch Video

Advertisement