awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000

14,000 tiket final dijual dalam talian

Bernama
Bernama
16/12/2014
01:08 MYT
14,000 tiket final dijual dalam talian
Perlawanan akhir pertama akan berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok, esok.
Sebanyak 14,000 tiket dalam talian telah dijual setelah talian itu dibuka pagi Ahad bagi perlawanan akhir kedua Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Thailand di sini, pada 20- Dis ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk S. Sivasundram berkata penyokong boleh mula menebus tiket berkenaan di Stadium Putra Bukit Jalil pada Rabu ini, bermula 10 pagi hingga 7 petang.
"Tiket atas talian telah dibuka pada 9 pagi semalam, dan sehingga hari ini kita telah menjual sebanyak 14,000 daripada 20,000 tiket yang diperuntukkan untuk jualan dalam talian bagi perlawanan akhir kedua ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa penganjur tempatan di Wisma FAM di sini pada Isnin.
Perlawanan akhir pertama akan berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok, esok.
Sementara itu, beliau berkata tiket perlawanan akhir kedua akan mula dijual di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Khamis, bermula 9 pagi hingga 6 petang dan sehingga sepak mula berlangsung pada Sabtu ini.
Katanya, sebanyak 90,000 tiket diperuntukkan pada perlawanan akhir kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil dan sebanyak 2,500 diperuntukkan kepada penyokong Thailand.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Dollah Salleh
#harimau Malaya
#Malaysia
#Piala AFF
#Singapura
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.