awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2,100 dijangka sertai L'Etape by Tour de France yang pertama di Malaysia Jun depan

Bernama
Bernama
02/03/2022
06:59 MYT
2,100 dijangka sertai L'Etape by Tour de France yang pertama di Malaysia Jun depan
Kerjasama dengan Tour de France akan memberi peluang kepada mereka untuk mengukuhkan kedudukan Iskandar Puteri sebagai destinasi acara berbasikal. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sejumlah 2,100 penunggang basikal amatur dan veteran dijangka mengambil bahagian dalam acara L'Etape oleh Tour de France buat julung kalinya dianjurkan di Malaysia, yang dijadualkan berlangsung di Desaru Coast, Johor, Jun depan.
Pengumuman itu dibuat oleh Iskandar Investment Berhad (IIB) semasa acara Taklimat Perniagaan dan Peluang Rangkaian Johor, Malaysia-Perancis di Pavilion Perancis pada Ekspo 2020 Dubai, Emiriah Arab Bersatu, Isnin lepas.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIB Datuk Khairil Anwar Ahmad berkata kerjasama dengan Tour de France akan memberi peluang kepada mereka untuk mengukuhkan kedudukan Iskandar Puteri sebagai destinasi acara berbasikal, mengimbangi antara perniagaan dan gaya hidup, serta destinasi pelaburan pilihan di rantau Asia Tenggara.
"Kami sangat teruja dan tidak sabar untuk menjayakan acara itu kerana kami sentiasa menyokong sukan berbasikal sebagai sukan pilihan. Dengan membawa masuk acara antarabangsa ini, ia akan meletakkan Johor dalam pelan hala tuju ke arah acara sukan bertaraf dunia," katanya dalam kenyataan.
IIB berkata memandangkan populariti sukan berbasikal kini dilihat semakin melonjak sejak kemunculan COVID-19 dan menjadi pilihan utama aktiviti sukan di Malaysia, IIB telah membangunkan kawasan khusus di Iskandar Puteri yang dilengkapi dengan lorong berbasikal, jalan lebih lebar dan ciri-ciri keselamatan, yang menarik minat penunggang basikal dari jauh dan dekat.
L'Etape de Tour ialah acara berbasikal beramai-ramai tahunan yang membolehkan penunggang basikal amatur untuk berlumba di laluan yang sama seperti peringkat Tour de France.
Siri ini kini telah berkembang ke 14 negara antarabangsa seperti China, Thailand, Mexico, Brazil, serta Australia, dan kini Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lumba basikal
#l'etape
#Tour de France
#desaru coast
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan