KUALA LUMPUR: Sebanyak 20,000 tiket bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil akan dijual secara dalam talian di laman sesawang www.tickethotline.com bermula tengah hari, Sabtu ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Stuart Ramalingam berkata tiket tempat duduk terbuka itu dijual mengikut kapasiti penonton yang dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Katanya, MFL turut mengekalkan harga tiket perlawanan seperti final edisi 2019 yang dijual mengikut empat tingkat bermula pada harga RM50 dan RM70 bagi tempat duduk umum, RM80 untuk tempat duduk umum premium dan RM150 bagi grandstand premium.
"Meskipun MFL terpaksa menanggung peningkatan kos penganjuran tahun ini dan tiket hanya diperuntukkan sebanyak 20,000 tempat duduk, MFL masih mengekalkan harga tiket walaupun dengan jualan kuantiti tiket agak terhad.
"Buat masa ini, sejumlah 20,000 tiket tempat duduk terbuka akan dijual mengikut kapasiti penonton yang dibenarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) tetapi MFL telah mengemukakan permohonan kepada MKN agar jumlah itu dapat ditambah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, Stuart berkata MFL jugak memohon agar penonton dibenarkan untuk makan dan minum di dalam stadium ketika perlawanan.
Perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 berlangsung pada 30 Nov ini.
Empat pasukan sedang mengintai peluang untuk ke final terdiri daripada juara 2019 Johor Darul Ta'zim (JDT), Terengganu FC, Kuala Lumpur City FC dan Melaka United FC.
Kedua-dua aksi separuh akhir pertama antara Terengganu menentang JDT serta KL City dan Melaka United berlangsung malam tadi berakhir dengan masing-masing mencatatkan keputusan seri 1-1.
Keputusan itu menyaksikan empat pasukan terlibat mempunyai peluang sama rata untuk layak ke perlawanan akhir dengan aksi separuh akhir kedua berlangsung Jumaat ini.
Piala Malaysia edisi 2020 dibatalkan susulan pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 23 2021

Menurut Stuart, MFL masih mengekalkan harga tiket walaupun dengan jualan kuantiti tiket agak terhad. - Gambar fail

Lebih 180 pelarian etnik Rohingya tiba di Acheh
Lebih 180 pelarian etnik Rohingya dilaporkan tiba di bandar Acheh pada Isnin. Mereka tiba menaiki bot dipercayai dari Myanmar dan ada antaranya dari kem pelarian di Bangladesh.

Chiang Mai catat kadar bahaya
Indeks kualiti udara di Chiang Mai, Thailand memburuk ke tahap bahaya pada Isnin. Situasi itu dilaporkan berlaku akibat pembakaran terbuka melibatkan kawasan-kawasan pertanian di wilayah itu.

Serang sambil dakap anak
Satu pergaduhan tercetus melibatkan penyokong dan pemain kejohanan bola sepak di Brazil pada Isnin. Namun kelibat seorang lelaki yang sedang mendakap seorang kanak-kanak perempuan semata-mata untuk menyerang, menarik perhatian orang ramai.

Belarus, Rusia tingkat latihan pertahanan secara agresif
Tidak lama selepas United Kingdom mengumumkan akan menyalurkan bantuan ketenteraan kepada Ukraine, Belarus yang juga rakan sekutu Rusia tampil dengan latihan ketenteraan baharu pada Isnin.

Enam maut tercampak dari kereta di Tennessee
Enam individu yang terdiri dari kanak-kanak dan remaja perempuan terkorban selepas tercampak dari kenderaan dalam nahas di sebuah lebuh raya di Tennessee, Amerika Syarikat pada awal pagi Ahad.

Enam terbunuh serangan berhampiran kementerian luar Kabul
Sekurang-kurangnya enam terbunuh manakala beberapa cedera selepas seorang pengebom berani mati melakukan serangan berhampiran kementerian luar di Kabul pada Isnin. Ia merupakan serangan kedua berhampiran kementerian itu.

Pekerja mogok, pengangkutan awam di Jerman tergendala
Perkhidmatan kereta api, kapal terbang di beberapa kawasan di Jerman tergendala selepas kesatuan pekerja melancarkan mogok besar-besaran.

KPDN terima 99 aduan bazar Ramadan - Salahuddin Ayub
Memasuki hari kelima Ramadan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menerima 99 aduan mengenai kualiti serta harga makanan yang dijual di bazar Ramadan. Walau bagaimanapun, Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan aduan mengenai kualiti makanan yang dijual di bazar merupakan di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Salahuddin berkata kepada media selepas melancarkan Bazar Ramadan Rahmah di Presint 14, Putrajaya hari ini.

PM Anwar puas hati lawatan sehari ke Kemboja, bincang pelbagai isu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan lawatan rasmi sehari beliau ke Kemboja kerana berpeluang membincangkan pelbagai isu.

Raja Kemboja terima menghadap PM Anwar
Raja Kemboja Raja Norodom Sihamoni berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Diraja Kemboja sempena lawatan rasmi sulungnya ke negara itu.

Perubahan penting jadikan saingan Liga-M 2023 lebih menarik, mencabar
Kancah Liga Malaysia (Liga-M) 2023 yang menawarkan keseluruhan enam trofi kejuaraan menjanjikan saingan lebih menarik menerusi beberapa perubahan penting dibuat Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Josue, Morales hampir bergelar pemain naturalisasi
Stanley bagaimanapun menjelaskan sehingga kini, pihak kelab masih mengkategorikan Paulo dan Romel selaku pemain import.

Skuad bola sepak Selangor 1995 terima rumah selepas 27 tahun
26 anggota skuad Selangor pada tahun 1995 masing-masing bakal menerima sebuah pangsapuri awal tahun hadapan.

Piala Malaysia: Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada JDT, Selangor
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan bola sepak JDT atas kejayaan menjulang kejuaraan Piala Malaysia.

Arif Aiman syukur raih treble pada usia muda
Arif Aiman bersyukur kerana terus mendapat peluang dan kepercayaan dalam kesebelasan utama skuad Harimau Selatan.

Kejayaan luar biasa JDT - Mohd Farizal
Mohd Farizal dan rakan sepasukan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kesemua pertandingan domestik musim ini iaitu Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia.

Keletihan antara punca Selangor FC hilang fokus - Sharul Nazeem
Sekiranya Selangor mampu menyempurnakan deretan peluang pada babak pertama perlawanan, besar kemungkinan keputusan berpihak kepada mereka.

Piala Malaysia: Cheng Hoe bangga, puji semangat juang Selangor
Selangor berjaya mengejutkan JDT apabila mendahului menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Herlison Caion pada minit ke-45.

Piala Malaysia: JDT muncul juara, atasi Selangor 2-1
Johor Darul Ta'zim (JDT) bangkit daripada ketinggalan untuk dinobat sebagai juara Piala Malaysia apabila mengatasi Selangor FC 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Rakyat Johor saksikan aksi final Piala Malaysia di skrin gergasi
Dataran MBJB berubah wajah apabila dianggarkan lebih 2,000 penyokong JDT hadir bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia.