EDEN HAZARD berpendapat prestasi yang hebat diperingkat kelab oleh pemain-pemain utama Belgium seperti dirinya, Kevin De Bruyne dan Romelu Lukaku membuatkan skuad kendalian Roberto Martinez perlu menepati jangkaan dan harapan di Piala Dunia 2018.
Belgium menyertai saingan di Russia berbekalkan pasukan yang paling berbakat dalam kejohanan, selepas dibarisi oleh kebanyakan pemain yang beraksi di liga utama Eropah.
Tatkala Hazard melalui kempen yang cemerlang bersama Chelsea dalam beberapa musim terakhir, De Bruyne turut muncul selaku antara pemain terbaik di Liga Perdana Inggeris pada musim ini bersama Manchester City.
Empat tahun lalu, Belgium hadir ke saingan Piala Dunia 2014 dengan harapan yang sama tetapi hanya memberikan kesan minimum dan Hazard percaya mereka perlu membuktikan kemampuan sebenar dalam kejohanan kali ini.
"Saya rasa semua pemain berada dalam keadaan terbaik. De Bruyne bersama City, Lukaku bersama Manchester United sementara saya dan Thibaut Courtois di Stamford Bridge," kata Hazard.
"Kami bersama pasukan hebat dan mengharungi musim yang baik. Jadi, jika kami mahu melakukan sesuatu yang menggemparkan, ini adalah masanya.
"Masanya bukan dalam tempoh setahun, dua tahun atau empat tahun. Saya rasa kini adalah detik terbaik untuk bersatu dan mencipta kejayaan.
"Tiada istilah bergantung kepada seorang pemain. Kami mempunyai 23 orang pemain yang mampu bermain," tambahnya.
"Jelas sekali saya berada pada tahap terbaik. Saya mampu menjaringkan gol dan memainkan watak utama dalam pasukan.
"satu perkara biasa apabila terdapat seorang pemain yang lebih menarik perhatian berbanding yang lain tetapi setiap individu mampu memberikan kesan dalam perlawanan. Saya boleh beraksi hambar dan akan ada watak lain yang melakukan tindakan tepat buat pasukan."
Astro Arena
Mon Jun 11 2018
Belgium menyertai saingan di Russia berbekalkan pasukan yang paling berbakat dalam kejohanan, selepas dibarisi oleh kebanyakan pemain yang beraksi di liga utama Eropah. - Astro Arena
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
England pulang dengan tangan kosong
Jaringan Thomas Meunier dan Eden Hazard memastikan Belgium menang 2-0 ke atas England untuk mendapat tempat ketiga dalam Piala Dunia FIFA Rusia 2018.
Croatia lakar sejarah mara ke final Piala Dunia FIFA
Di sebalik menguasai permainan, Croatia hanya menemui rentak serangan pada babak kedua dan mendapat gol penyamaan pada minit ke-68.
Perancis ke final Piala Dunia Rusia 2018
Perlawanan di Saint Petersburg itu menyaksikan Belgium menguasai 30 minit pertama permainan dengan Perancis mempunyai hanya satu cubaan ke arah gol lawan.
Masa sudah tiba untuk skuad generasi emas Belgium menyinar di Piala Dunia
Peluang terbaik skuad generasi emas untuk memenangi Piala Dunia tahun ini namun skuad bintang Perancis menjadi penghalang utama.
Rusia tersingkir dari Piala Dunia, tewas sepakan penalti
Tuan rumah Piala Dunia, Rusia tersingkir dari kejohanan selepas tewas 3-4 menerusi penentuan sepakan penalti disebalik semangat juang yang tinggi.
Piala Dunia: Belgium singkirkan Brazil untuk mara ke separuh akhir
Belgium mempamerkan persembahan yang meyakinkan untuk menewaskan juara lima kali, Brazil 2-1 sekali gus mara ke separuh akhir.
Piala Dunia: Perancis mara ke separuh akhir
Kesilapan penjaga gol Uruguay, Fernando Muslera memberi kelebihan kepada Perancis untuk menang 2-0 untuk mara ke separuh akhir.
Piala Dunia: England menang penalti untuk mara ke suku akhir
England menamatkan badi kalah dalam penentuan penalti selepas menewaskan Colombia 4-3 menerusi tendangan penalti.
Cavani mungkin diturunkan menentang Perancis
Kecederaan yang dialami Cavani tidak serius dan kemungkinan besar diturunkan menentang Perancis Jumaat ini.
Belgium sekarang tidak sama seperti dahulu
Belgium belum pernah menewaskan Brazil, namun itu cerita lama kerana the Red Devils lebih berbahaya dalam serangan kali ini berbanding dahulu.