awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4,000 tiket Piala Sultan Selangor diagih pada warga PKNS

Bernama
Bernama
09/08/2018
00:53 MYT
4,000 tiket Piala Sultan Selangor diagih pada warga PKNS
Abd Karim dan Noraida bergambar bersama pemain PKNS FC dan penerima tiket pada Majlis Jelajah Publisiti dan Penyerahan Tiket Piala Sultan Selangor di bangunan Ibu Pejabat PKNS, Shah Alam, 8 Ogos, 2018. - fotoBERNAMA
Sejumlah 4,000 tiket Piala Sultan Selangor, diagihkan kepada seluruh warga kerja Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kata Ketua Pengawai Eksekutif PKNS Datin Paduka Dr Noraida Mohd Yusof.
Menurutnya, tiket percuma itu disumbangkan oleh Jawatankuasa Piala Sultan Selangor bagi meraikan ulang tahun perbadanan itu yang ke-54, tahun ini.
"Tiket khas itu diagihkan kepada warga dan kakitangan PKNS sebagai tanda penghargaan sempena meraikan ulang tahun PKNS yang disambut 1 Ogos lalu.
"Kita juga berikan kepada persatuan dan kelab PKNS, anak-anak syarikat PKNS dan akademi PKNS FC," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan tiket berkenaan di Ibu Pejabat PKNS di Seksyen 14 di sini.
Turut hadir, Pengerusi Piala Sultan Selangor Tan Sri Abd Karim Munisar dan Ketua Jurulatih PKNS FC Datuk K. Rajagobal.
Piala Sultan Selangor yang memasuki edisi ke-17 itu bakal menyaksikan pasukan pilihan Selangor yang diwakili 20 pemain PKNS FC serta dua pemain Selangor bertemu pasukan pilihan Singapura.
Perlawanan pada 25 Ogos ini akan diadakan di Stadium Shah Alam.
Mengulas lanjut, Noraida berkata pihaknya turut melahirkan rasa gembira kerana sekali lagi pasukan PKNS FC dipilih Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai pasukan pilihan Selangor.
"Kali pertama PKNS FC mewakili pasukan Pilihan Selangor adalah pada tahun lepas di kejohanan yang berlangsung di Stadium Nasional, Singapura pada 6 Mei 2017 yang lalu.
"Saya berharap pasukan yang diwakili PKNS FC ini mampu menjuarai Piala itu, sekaligus kemenangan tersebut akan menjadi hadiah bermakna bersempena ulang tahun PKNS," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abd Karim Munisar
#bola sepak
#kakitangan PKNS
#Noraida Mohd Yusof
#pasukan pilihan
#percuma
#Piala Sultan Selangor
#PKNS FC
#Selangor
#Singapura
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#tiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan