KUALA LUMPUR: Misi peluncur air remaja negara, Aaliyah Yoong Hanifah untuk mendapatkan kejuaraan dalam Kejohanan Remaja Dunia 2020 terpaksa dilupakan selepas beliau didapati positif COVID-19 dan terpaksa menarik diri daripada kejohanan itu.
Aaliyah yang dijadualkan bertanding dalam Kejohanan Remaja Dunia itu di Florida, Amerika Syarikat dari 22 hingga 29 Ogos dijangkiti virus itu awal minggu ini, selain bapa dan jurulatihnya, Hanifah Yoong.
Persekutuan Ski Air dan Wakeboard Malaysia (MWWF) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan mereka mengambil keputusan menarik diri daripaa kejohanan itu selepas mendapatkan nasihat daripada Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
"Ia sangat mengecewakan dan saya merasa amat sedih. Saya tidak fikir banyak yang boleh saya lakukan dalam keadaan ini dan jika saya pulih pun selepas dikuarantin dan terus bertanding, saya tidak akan mempunyai masa untuk melakukan persiapan secukupnya, kata peluncur air itu dalam satu kenyataan hari ini.
Atlet remaja itu pada mulanya dijadualkan berlepas ke Florida pada 26 Julai dan akan mempunyai masa tiga minggu untuk berlatih sebelum pertandingan tetapi beliau positif COVID-19 dan kekurangan latihan yang lengkap kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang beberapa bulan lepas telah menjejaskan aspirasi Aaliyah untuk memburu kejuaraan.
SUKAN-LUNCUR AIR (AALIYAH) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
"Sejujurnya, saya tidak dapat berlatih sebaiknya sejak Mei dengan keadaan PKP, kerana terlalu banyak gangguan. Saya tahu masih ada lagi pertandingan di masa hadapan tetapi ia tetap sesuatu yang meluluhkan hati kerana saya amat mengharapkan kejuaraan Remaja Dunia kerana tahun lepas merupakan tahun terakhir saya layak untuk mengejar kejuaraan di bawah 17 tahun itu," katanya.
Aaliyah telah mengumpul hampir 9,000 mata dalam latihan biarpun kurang pertandingan dalam dua tahun lepas tetapi akan lebih umur dalam kejohanan dunia remaja seterusnya dan hanya boleh bertanding dalam Kejohanan Dunia Bawah 21 Tahun.
"Saya menyasarkan Kejohanan Dunia seterusnya yang berlangsung tahun hadapan dan matlamat saya adalah dua gelaran juara Kejohanan Bawah 21 Tahun dalam 2023," katanya.
Sementara itu, Hanifah berkata ia merupakan keputusan yang mengecewakan kerana anaknya berada dalam momentum kemenangan dan Kejohanan Remaja Dunia sememangnya impian Aaliyah.
"Beliau selalunya melakukan pengorbanan besar, berhenti sekolah tahun lepas untuk memberi tumpuan kepada kejohanan remaja dunia.
Kami juga memohon maaf kepada penaja di peringkat tempatan dan antarabangsa kerana tidak dapat bertanding di remaja dunia. Kami sememangnya berterima kasih di atas sokongan berterusan mereka dan berharap dapat beraksi dengan baik dalam pertandingan akan datang untuk membalas sokongan diberikan," kata Hanafiah.
Aaliyah kini menunggu untuk pulih sepenuhnya dan akan memulakan persiapan untuk Kejohanan Luncur Air dan Wakeboard Asia yang dijadualkan September depan serta memberikan tumpuan untuk kejuaraan utama seterusnya, Kejohanan Dunia Bawah 21 pada 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 28 2021
Aaliyah yang dijadualkan bertanding dalam Kejohanan Remaja Dunia itu di Florida dari 22 hingga 29 Ogos dijangkiti virus itu awal minggu ini. - Gambar fail/BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Aaliyah perbaharui rekod Asia di Florida
Atlet berusia 20 tahun itu mengumpul 8,450 mata mengatasi rekod miliknya sendiri yang dilakukan pada Terbuka Asia iaitu 8,080 mata di Fluid Summer Showdown pada Jun 2022.
Aaliyah raih gangsa di Moomba Masters 2024
Atlet berusia 20 tahun yang membuat penampilan ke-11 di kejohanan itu mengumpul keseluruhan 2215.25 mata dalam kejohanan di Sungai Yarra.
Aaliyah Yoong raih tempat kelapan keseluruhan di Kejohanan Terbuka Dunia di Florida
Kedudukan tersebut membolehkan Aaliyah mendapat tempat dalam final 12 peluncur, sekali gus menempatkan diri dalam kedudukan 10 terbaik di tempat kesembilan.
Raih tiga pingat emas, hadiah hari lahir Aaliyah
Ratu luncur air negara, Aaliyah Yoong memenangi pingat emas menerusi acara terbuka slalom, terbuka tricks dan terbuka jump.
Aaliyah terima biasiswa Yayasan Sime Darby bernilai RM1.1 juta
Aaliyah menerima biasiswa bernilai RM1.1 juta daripada Yayasan Sime Darby untuk melanjutkan pelajaran ke Florida, mulai Januari tahun depan.
Aaliyah, Aiden buru rekod baharu pada Kejohanan Oceania 2022
Aaliyah dan Aiden dijemput untuk bertanding dengan beberapa pemain ski terbaik di Max Kirwan Ski Park Mulwala, New South Wales.
Aaliyah dijemput sertai kejohanan dunia, akan ke Florida untuk latihan persediaan
Aaliyah merupakan seorang daripada lapan atlet luncur air yang akan bertanding dalam acara 'tricks' wanita.
Aaliyah Yoong tambah emas, gangsa kategori terbuka Moomba Masters 2022
Atlet ski air negara Aaliyah Yoong Hanifah terus cemerlang apabila merangkul gelaran juara keseluruhan terbuka wanita Kejohanan Moomba Masters 2022 di Melbourne, Australia, semalam.
Aaliyah rangkul dua emas, satu gangsa untuk muncul juara keseluruhan Moomba Master
Atlet ski air remaja negara Aaliyah Yoong Hanifah muncul juara keseluruhan pada Kejohanan Moomba Masters 2022 di Melbourne, Australia, hari ini.
Aaliyah Yoong positif COVID-19, tarik diri dari Kejohanan Remaja Dunia 2020
Aaliyah yang dijadualkan bertanding dalam Kejohanan Remaja Dunia itu di Florida dari 22 hingga 29 Ogos dijangkiti virus itu awal minggu ini.