BEREGU lelaki kebangsaan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, memohon maaf kepada peminat negara atas kegagalan mereka mempertahankan kejuaraan Kejohanan Badminton Dunia BWF 2023.
Aaron-Wooi Yik tumbang 21-23, 13-21 kepada Kang Min-hyuk-Seo Seung-jae dalam separuh akhir di Royal Arena di Copenhagen, Denmark, sekali gus turut menamatkan kempen sebarang wakil negara dalam edisi ini.
Pemain Malaysia itu berpeluang mendahului pada saat getir set pertama di kedudukan 19-16 tetapi memberi ruang lawan dari Korea Selatan itu menyerlah di hujung saingan.
Jelas terkesan dengan itu, beregu nombor empat dunia itu mempamerkan aksi goyah dalam set berikutnya untuk lawan mereka mengatur kemenangan selesa.
Justeru, Aaron-Wooi Yik mengakui kesilapan dalam set pertama sebagai titik tolak perlawanan.
“Kami perlu menenangkan diri dalam situasi tegang seperti itu. Kami mendahului dengan beberapa mata dalam set pertama tetapi kami memuktamadkan permainan. Kemenangan set pertama jelas meningkatkan keyakinan lawan kami.
“Kami mempunyai keinginan tinggi untuk pergi jauh dalam kejohanan ini dan kami kecewa. Kami mengutip pingat gangsa tetapi kami inginkan pencapaian lebih tinggi. Kami memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia,” kata Aaron. - Sinar Harian
Astro Arena
Sun Aug 27 2023

Aaron-Wooi Yik tumbang 21-23, 13-21 kepada Kang Min-hyuk-Seo Seung-jae dalam separuh akhir di Royal Arena di Copenhagen, Denmark, sekali gus turut menamatkan kempen sebarang wakil negara dalam edisi ini. - Gambar fail

Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Skandal pernikahan, poligami dan perceraian Raja Zulu…
Masalah perkahwinan Raja Zulu nampaknya berpunca daripada kegagalannya mematuhi tradisi sepenuhnya.

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
"Kita tidak boleh menerima keadaan setiap kali kita bina semula Gaza atau Tebing Barat, Israel datang dan merobohkan apa yang telah dibina semula."

‘Pergaduhan’ dengan Trump tidak halang Ukraine untuk ‘sedia’ tandatangani perjanjian mineral dengan AS - Zelenskyy
Zelenskyy masih mahu mengadakan "dialog konstruktif" dengan AS walaupun pertemuannya dengan Presiden Trump berlangsung tegang.
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad

Jurulatih baharu: Kami beri cadangan namun terserah pada BAM - Aaron
Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui sudah mengemukakan beberapa calon ketua jurulatih beregu lelaki baharu kepada BAM bagi menggantikan Tan Bin Shen.

Izzuddin-Sze Fei mungkin 'takluk' gelaran beregu nombor satu negara daripada Aaron-Wooi Yik
Gandingan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei berkemungkinan merampas gelaran beregu lelaki nombor satu Malaysia daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kemas kini ranking BWF, Selasa ini.

Aaron Chia nafi minta gaji RM2 juta daripada BAM
Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia, menafikan dakwaan dia meminta gaji tahunan sejumlah RM2 juta daripada Persatuan Badminton Malaysia.

Aaron-Wooi Yik fokus kembalikan prestasi sebenar
Pemain beregu lelaki nombor satu negara Soh Wooi Yik berazam mengembalikan prestasi sebenar bersama pasangannya Aaron Chia sekembalinya pulih dari kecederaan.

Sambung kontrak, balas jasa BAM dengan pingat emas - Aaron
Keputusan Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk terus di bawah BAM adalah untuk membalas jasa persatuan itu dengan pingat emas pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Aaron-Wooi Yik terima ganjaran RM125,000 daripada BAM
Beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menerima RM125,000 seorang daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Aaron-Wooi Yik tidak rehat lama lepas menang gangsa Olimpik Paris
Usai kempen Olimpik Paris, beregu lelaki negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik hanya akan berehat seketika.

Olimpik Paris 2024: Aaron Chia, Wooi Yik lolos ke separuh akhir, tewaskan jaguh India
Meskipun ketinggalan, namun pasangan negara berjaya bangkit dan menang di set terakhir 21-16, sekali gus mara ke separuh akhir.

Wooi Yik mahu maksimum penggunaan tempoh sebulan menjelang Olimpik
Wooi Yik membuat keputusan untuk terus berada di asrama ABM sehingga berlepas ke Aire Sur La Lys untuk kem latihan 10 hari bermula 10 Julai.

Kurang tenang antara faktor Aaron-Aooi Yik terlepas gelaran sulung Seluruh England - Rexy
Aksi kurang tenang diperagakan beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik merupakan antara punca mereka terlepas peluang mendakap gelaran pertama Seluruh England.