NEW DELHI: Beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa melalui saingan sengit menentang beregu Taiwan sebelum berjaya melangkah ke suku akhir Terbuka India 2023, di sini, malam tadi.
Penyandang juara dunia itu bangkit daripada ketinggalan set pertama 15-21, sebelum mengatasi Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan, 21-19, 21-19, dalam pertarungan selama 55 minit di Dewan Tertutup KD Hadhav.
"Ini adalah kemenangan yang sukar dan memang ia tidak semudah seperti dijangkakan," kata Aaron kepada Bernama selepas perlawanan pusingan kedua tersebut.
Hari ini (Jumaat), Aaron-Wooi Yik akan menentang beregu senegara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, pada saingan suku akhir selepas Yew Sin-Ee Yi berhempas pulas selama 57 minit untuk menyingkirkan beregu Thailand, Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren, 21-16, 13-21, 21-19.
Ei Yi berkata perlawanan tersebut adalah sengit selepas beliau tidak berapa sihat sejak Rabu akibat cuaca sejuk di sini.
Sementara itu, beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah, yang tersingkir awal pusingan pertama Terbuka Malaysia 2023, munggu lalu, turut melangkah ke suku akhir.
Beregu wanita negara, yang berada pada ranking kelapan dunia, turut berentap dalam rubber-set untuk mengatasi wakil Taiwan, Lee Chia Hsin-Teng Chun Hsun ,21-14, 16-21, 21-16 dalam masa 51 minit.
Pearly-Thinaah akan berdepan dengan gandingan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi untuk mwemburu tiket ke separuh akhir.
Dalam pada itu, beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, bagaimanapun, terkandas di pusingan kedua selepas ditunjuk jalan keluar oleh pasangan China, Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping, 21-23, 12-21.
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, gagal mara ke suku akhir selepas tewas kepada pemain China, Li Shi Feng, 11-21, 21-14, 18-21, dalam perlawanan selama 64 minit.
Shi Feng, juara Remaja Olimpik 2018, akan berdepan dengan wakil Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting, di pentas suku akhir hari ini.
Dalam satu lagi saingan pusingan kedua, juara dunia, Viktor Axelsen dari Denmark, turut melangkah ke suku akhir selepas menewaskan pemain China, Shi Yu Qi, 21-16, 16-21, 21-9.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 19 2023

Aaron-Wooi Yik ketika bermain menentang beregu Taiwan Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan dalam Terbuka India 2023 di Dewan Tertutup KD Hadhav, New Delhi, India. - Facebook Badminton Association of Malaysia - BAM

Ramadan: Nak perut 'six-pack'? Ini 5 rutin santai dan sangat berkesan
BULAN yang cukup dinanti-nantikan oleh ramai umat Islam di seluruh dunia.

Mahkamah Rayuan benar kurangkan ganti rugi kepada waris pemuda mati ditembak
Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan kerajaan dan polis untuk mengurangkan jumlah ganti rugi kepada keluarga tiga pemuda yang terbunuh akibat ditembak dalam kejadian di Shah Alam.

Lacur: Ibu tunggal didenda RM2,500
Seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melacurkan diri di sebuah hotel di sini, Ahad lepas.

AWANI Ringkas: Usaha kurangkan beban guru, KPM kaji wujudkan pembantu guru
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ramadan, Syawal: KPDN laksana sesi libat urus berterusan pantau bekalan, harga barang
Sesi libat urus berterusan antara kementerian dan agensi akan dilakukan bagi memastikan bekalan barangan basah mencukupi sepanjang Ramadan dan menjelang Hari Raya.

3 kementerian bincang perluas sistem pembayaran terbuka ke PLUS
KPDN bersama Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan akan berbincang bagi membawa sistem pembayaran terbuka ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

688 permohonan warganegara libat anak lahir di luar negara - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini menerima sebanyak 688 permohonan taraf kewarganegaraan bagi anak yang lahir di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.

PRU Thailand: Pengundi Selatan Thai teruja, Move Forward, Pheu Thai dijangka tarik pengundi muda
Parti Move Forward dan Parti Pheu Thai yang memperoleh kerusi majoriti dalam pemilihan Majlis Metropolitan Bangkok pada Mei lalu, dijangka meraih undi daripada golongan muda di Selatan Thai.

Tiada lagi keperluan mohon kebenaran Pesuruhjaya Sukan - Hannah Yeoh
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memansuhkan keperluan permohonan bagi mendapatkan kelulusan penganjuran sukan daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS) berkuat kuasa hari ini.

Pelan Besar Industri Halal sasar sumbang 8.1 peratus KDNK menjelang 2030
HIMP 2030 dirangka tepat pada masanya untuk mengambil kesempatan strategik susulan permintaan global yang semakin meningkat terhadap produk dan perkhidmatan halal.

Vitidsarn, Se Young kejutkan pemain pilihan rangkul kejuaraan Terbuka India
Kunlavut Vitidsarn dari Thailand menundukkan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen, 22-20, 10-21, 21-12.

Terbuka India: Aaron-Wooi Yik tewas kepada beregu China
Juara dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas dalam perlawanan akhir beregu lelaki Terbuka India hari ini.

Terbuka India: Hasrat Pearly-Thinaah ke final disekat beregu nombor dua dunia
Ia tetap satu kebangkitan prestasi yang baik buat Pearly dan Thinaah selepas mereka terkandas seawal pusingan pertama dalam Terbuka Malaysia.

Terbuka India: Aaron-Wooi Yik bangkit penuh bergaya untuk ke final
Aaron Chia-Soh Wooi Yik menewaskan gandingan nombor satu dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, dalam aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka India pada Sabtu.

Terbuka India: Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir
Dua beregu Malaysia - Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Pearly Tan-M. Thinaah - mara ke separuh akhir masing-masing dalam acara lelaki dan wanita Terbuka India 2023 pada Jumaat.

Aaron-Wooi Yik cabar rakan senegara di suku akhir Terbuka India
Mereka bangkit daripada ketinggalan set pertama sebelum mengatasi Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan dalam pertarungan selama 55 minit.

Zii Jia tewaskan pemain Indonesia di Terbuka India
Pemain badminton profesional Malaysia Lee Zii Jia beraksi dengan baik untuk menewaskan pemain dari Indonesia Shesar Hiren Rhustavito pada kejohanan badminton Terbuka India 2023.

Wakil tunggal perseorangan wanita negara, Jin Wei, tersingkir awal di Terbuka India
Wakil tunggal negara dalam acara perseorangan wanita, Goh Jin Wei, tersingkir seawal pusingan pertama pada kejohanan badminton Terbuka India di Dewan Tertutup KD Jadhav, hari ini.

Tang Jie-Yen Wei terlepas gelaran juara Terbuka India
Ia selepas dikejutkan pasangan di ranking ke-182 dunia Terry Hee Yong Kai-Tan Wei Han dari Singapura pada final Terbuka India, hari ini.

Terbuka India: Tang Jie-Yen Wei kejutkan senior untuk ke final sulung mereka
Beregu campuran Chen Tang Jie-Peck Yen Wei mengejutkan bekas senior mereka dalam skuad kebangsaan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dalam pertarungan sengit selama 71 minit untuk mara ke final Terbuka India.