SPORTS
Aaron-Wooi Yik juara Terbuka Thailand 2025

Aaron (kiri) dan Wooi Yik muncul juara Terbuka Thailand setelah menumpaskan pasangan Denmark dalam aksi final di Bangkok pada Ahad. -Foto Agensi
BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih gelaran kedua pada musim ini apabila muncul juara Terbuka Thailand dalam aksi penuh debar di Bangkok sebentar tadi.
Ringkasan AI
- Beregu lelaki negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menjuarai Terbuka Thailand 2025 selepas menewaskan pasangan muda Denmark dalam perlawanan tiga set yang sengit di Bangkok.
- Mereka bangkit selepas tewas set pertama 20-22, memenangi dua set berikutnya 21-17 dan 21-12, sekali gus meraih gelaran kedua musim ini selepas Kejohanan Badminton Asia di China.
- Kemenangan ini bukan sahaja menyuntik semangat menjelang Masters Malaysia, tetapi juga menambah pencapaian mereka sebagai Olahragawan Kebangsaan 2024 dan pemenang pingat gangsa Olimpik Paris.
Bagaimanapun gandingan di kedudukan ke-75 dunia itu memintas mata pasangan negara sebelum menang 22-20 pada set pertama.
Enggan berputus asa, Aaron Wooi Yik memperkemaskan corak permainan mereka untuk menewaskan Kryger Boe-Faust Kjaer 21-17 bagi mengheret aksi ke set perlawanan penentuan.
Tenang mengawal gelanggang dan kelebihan pengalaman di pentas antarabangsa memastikan kelebihan berpihak Aaron-Wooi Yik yang mengesahkan kemenangan 21-12 dalam tempoh sejam permainan.
Kejayaan tersebut menambah koleksi kejuaraan mereka setelah meraih gelaran Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China bulan lalu.
Menerusi kejayaan tersebut, Aaron-Wooi Yik membawa pulang AS$37,525 (RM161,191), manakala pasangan Denmark pula meraih AS$18,050 (RM77,535).
Sebagai rekod, Aaron-Wooi Yik pernah mara ke final Terbuka Thailand pada tahun 2020, namun tewas di pentas final kepada beregu Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin.
Kejayaan itu juga menyuntik semangat mereka menjelang Masters Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil minggu depan.
Sebagai rekod, mereka baru sahaja dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan pada Anugerah Sukan Negara (ASN) 2024 atas kejayaan memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik Paris tahun lalu. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami