'KEMAMPUAN sebenar sudah dibuktikan di aksi separuh akhir', kekecewaan jelas dilihat di wajah pengarah kejurulatihan beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, melihat kepada komen negatif terhadap gandingan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Selepas kekalahan di aksi final kejohanan Terbuka China, Aaron-Wooi Yik menerima kecaman susulan prestasi hambar dan tewas mudah kepada wakil tuan rumah, Liang Weikeng-Wang Chang dengan keputusan 21-12, 21-14.
Aksi tidak bermaya yang dipamerkan di pentas akhir jauh jika dibandingkan dengan persembahan ditampilkan ketika separuh akhir apabila gandingan itu berjaya membenam juara dunia, Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae berpunca daripada Wooi Yik mengalami demam panas lewat malam sebelum hari penentuan gelaran juara.
Namun bagi Rexy, kejayaan di aksi separuh akhir cukup untuk menjelaskan kualiti gandingan itu dan percaya mereka akan memenangi gelaran juara sulung Jelajah Dunia BWF.
"Secara keseluruhan, prestasi Aaron-Wooi Yik telah menampilkan peningkatan sejak kebelakangan ini," kata Rexy menerusi Nadi Arena.
"Wooi Yik mengalami masalah kesihatan pada malam sebelum aksi final, namun dia telah memberikan yang terbaik.
"Kami tidak boleh mengalah kesalahan ini terletak kepada mereka, saya percaya mereka telah memberikan yang terbaik. Menang atau kalah, saya mengetahui mereka telah memastikan prestasi yang terbaik setiap kali beraksi di gelanggang."
Buat bekas pemain beregu lelaki negara, Tan Boon Heong, dia turut berpesan bahawa ia lebih baik untuk memberi kata-kata semangat buat gandingan itu daripada terus tumpu pada kekurangan.
"Jika dia memilih tidak beraksi final bagaimana? Sekurang-kurangnya wakil negara telah turun memberikan yang termampu. Yang penting, mereka telah cuba berusaha demi negara. Saya percaya sokongan harus diberikan berbanding kritikan, masih terdapat banyak kejohanan dan mereka masih lagi berpeluang menghasilkan keputusan yang baik," kata Boon Heong. - Stadium Astro
Astro Arena
Mon Sep 11 2023
Selepas kekalahan di aksi final kejohanan Terbuka China, Aaron-Wooi Yik menerima kecaman susulan prestasi hambar dan tewas mudah kepada wakil tuan rumah, Liang Weikeng-Wang Chang dengan keputusan 21-12, 21-14.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Chong Wei tewaskan Leverdez untuk mara ke suku akhir
Chong Wei yang turun selaku pemain pilihan ketujuh kejohanan hanya memerlukan 31 minit menundukkan Leverdez dengan 21-6 dan 21-9 untuk mara ke suku akhir Jumaat.