Kekalahan mengejut Johor Darul Takzim kepada Kelantan dalam perlawanan Liga Super pada Sabtu menjadi buah mulut warga media sosial sejak semalam.

Namun begitu, bekas peneraju Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, (PBNJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, tetap positif di sebalik kritikan yang diterima.

Dalam status yang dimuat naik ke laman Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail atau TMJ bertitah kekalahan bukan bermakna perjuangan sudah berakhir; sebaliknya, ada matlamat lebih besar yang menjadi sasaran dan perlu diberi perhatian.

Facebook TMJ 1

Baginda melihat kritikan dan sindiran yang diterima sebagai satu bentuk ketakutan mereka yang cemburu dengan kejayaan Johor, baik dari sudut bola sepak mahu pun politik.

Baginda juga menyeru agar rakyat negeri Johor agar tidak gentar dengan sebarang bentuk provokasi, sebaliknya bersatu hati untuk terus memastikan kejayaan Johor.

Dalam perlawanan semalam, JDT tewas 1-4 kepada Kelantan.