awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ACT: Malaysian Tigress ikat Korea Selatan 1-1

Bernama
Bernama
30/10/2023
22:55 MYT
ACT: Malaysian Tigress ikat Korea Selatan 1-1
Malaysia akan melengkapkan round robin dengan menentang Thailand, Khamis ini sebelum empat pasukan teratas melayakkan diri ke separuh akhir. - Facebook/Malaysian Hockey Confederation
KUALA LUMPUR: Skuad Malaysian Tigress bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Korea Selatan 1-1 dalam perlawanan ketiga Trofi Juara-Juara Asia (ACT) Wanita Ranchi 2023 di Stadium Hoki Marang Gomke Jaipal Singh Astroturf, India, pada Isnin.
Nur Afiqah Syahzani Azhar menjaringkan gol penyamaan buat skuad negara menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-58, selepas Seo Suyoung meletakkan Korea Selatan di hadapan pada minit ke-35 juga dengan pukulan sudut penalti pada minit ke-35.
Pengendali pasukan Mohd Nasihin Nubli Ibrahim berkata beliau berpuas hati dengan corak permainan yang ditampilkan pemain namun mengakui perancangan lebih rapi perlu diatur sebelum bertemu juara Sukan Asia, China, esok.
"Alhamdullilah kita dapat mata pertama daripada ACT, ia hasil kerjasama jurulatih dan pemain. Strategi yang digunakan menjadi hari ini apabila kita tukar beberapa struktur perlawanan terutamanya di bahagian pertahanan yang menyukarkan Korea Selatan menambah jaringan," katanya menerusi rakaman video yang dikongsi Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) kepada media.
Skuad negara memulakan kempen ACT Jumaat lepas dengan langkah kiri apabila tewas kepada Jepun 0-3 dan India 0-5 dalam perlawanan kedua pada Sabtu.
Malaysia akan melengkapkan round robin dengan menentang Thailand, Khamis ini sebelum empat pasukan teratas melayakkan diri ke separuh akhir.
Untuk rekod, pencapaian terbaik Malaysia pada ACT Wanita adalah pada edisi 2013 di Kakamigahara, Jepun, apabila menamatkan kempen di tempat ketiga selepas menewaskan China 3-1.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ACT Wanita Ranchi 2023
#hoki
#Korea Selatan
#Malaysian Tigress
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan