SUKAN
Ada apa dengan Kumpulan F, analisis ringkas Piala Dunia 2014

Pasukan Argentina dijangka layak ke pusingan kedua
Kumpulan F
Argentina
Bosnia-Herzegovina
Iran
Nigeria
Argentina sudah tentu menjadi pilihan peminat bola sepak untuk terus layak ke pusingan kedua.
Malah ada juga sudah meramalkan bahawa perlawanan akhir Piala Dunia bakal menyaksikan pertembungan pasukan tuan rumah Brazil dengan musuh tradisi, Argentina.
Pengguguran pemain-pemain terkenal seperti penyerang kelab Itali, Juventus, Carlos Tevez, pertahanan Getafe CF, Lisandro Lopez dan juga pertahanan kental Newcastle United, Fabricio Colocini tidak memberi kesan kepada pasukan kerana rata-ratanya dibarisi oleh pemain berpengalaman yang membarisi kelab-kelab elit Eropah.

Lionel Messi
Slot kedua untuk ke pusingan kalah-mati agak sukar diramal kerana Bosnia-Herzegovina, Nigeria dan Iran mempunyai potensi yang sama untuk turut layak.

Bosnia
Percaturan jurulatih Iran, Carlos Quieroz yang memperkenalkan langkah memperkenalkan beberapa ‘pemain asing berdarah Iran’ ternyata banyak mengubah perjalanan pasukan tersebut dalam perjalanan ke Piala Dunia.

Iran
Nigeria juga punya potensi untuk layak ke peringkat seterusnya berbekalkan status mereka sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Negara-negara Afrika tahun lalu.
Pemain perhatian: Lionel Messi (Argentina), Edin Dzeko (Bosnia-Herzegovina), Peter Odemwingie (Nigeria), Reza ‘Gucci’ Ghoochannejhad (Iran).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami