“Saya hanya Goh Liu Ying.”

Demikian luahan hati bintang beregu campuran badminton negara yang memenangi pingat perak Olimpik bersama gandingannya Chan Peng Soon pada Khamis.

Dalam kiriman Facebook, Liu Ying dengan penuh rendah diri berkongsi pahit manis kembaranya dalam melayakkan diri ke pentas sukan paling berprestij sehinggalah berdiri di podium menerima kalungan pingat.

Kiriman asal berbahasa Mandarin yang diterjemah oleh Malaysiakini turut menyertakan luahan anak jati Melaka itu ketika mula menyedari dia sah membawa pulang pingat buat negara selepas memenangi pusingan separuh akhir menentang regu China.

“Adakah saya benar-benar menang? Adakah ini bukan mimpi? Saya banyak kali bermimpi bagaimana betapa hebatnya jika dapat berdiri di atas podium,” luah Liu Ying.


VIDEO: Chan Peng Soon, Goh Liu Ying akur kehebatan kualiti lawan

VIDEO: Rio 2016: Wawancara bersama Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying

VIDEO: Ibu sifatkan penat lelah Goh Liu Ying terbayar


Liu Ying juga mendedahkan cabaran fizikal yang dihadapi sebagai gadis genit yang telah menjalani pembedahan kedua-dua belah lutut dalam membina otot dan bermain sebaik pesaing lain yang lebih hebat.

Pemain yang masyhur dengan rambut berwarna ombre itu mengakhiri perkongsiannya yang penuh bermakna:

“Saya pemenang pingat perak beregu campuran badminton Sukan Olimpik Rio. Ini kebanggaan seumur hidup saya.”