awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit melonjak ke paras tertinggi sejak awal Mac 2021
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Afendy bidas pengadilan berat sebelah acara kapal layar

Astro Arena
Astro Arena
10/06/2015
04:48 MYT
Afendy bidas pengadilan berat sebelah acara kapal layar
Ketua jurulatih negara, Mohd Afendy Abdullah meluahkan rasa kecewa dengan mutu pengadilan acara kapal layar Sukan SEA ke-28.
Mohd Afendy, yang juga penolong pengurus skuad kebangsaan, mendakwa pengadil tuan rumah dengan sengaja mengenakan jumlah mata penalti kepada negara lain termasuk Malaysia sehingga menjejaskan peluang meraih pingat dalam acara berkenaan.
Justeru, beliau meminta penganjur supaya bersikap lebih profesional menerusi pengadilan yang lebih seimbang bagi memastikan sukan berkenaan 'bersih' daripada sebarang keputusan yang kurang menyenangkan kepada mana-mana negara yang mengambil bahagian.
"Saya agak kecewa kerana atlet kita termasuk negara lain sering dikenakan mata penalti yang tinggi manakala atlet tuan rumah hanya dikenakan mata penalti (yang minimum)," katanya ketika ditemui Bernama, hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Afendy berpuas hati dengan kejayaaan skuad negara yang berjaya meraih satu pingat emas, dua perak dan satu gangsa pada saingan hari keempat acara pelayaran, hari ini.
"Saya yakin kita boleh mencapai sasaran lima pingat emas yang ditetapkan sebelum ini. Keadaan angin juga sangat baik hari ini," jelasnya.
Kejayaan tersebut menyaksikan Malaysia mengumpul dua pingat emas, dua perak dan satu gangsa setakat ini.
Pelayar muda negara, Nur Shazrin Mohamad Latif menghadirkan keceriaan untuk skuad negara selepas melakukan 'pelayaran emas' dalam acara Laser Radial wanita bawah 19 tahun dengan 13 mata penalti, hari ini.
Pelayar Olimpik negara, Khairulnizam Mohd Afendy dan dan adiknya, Khairunneeta, masing-masing menyumbang pingat perak menerusi acara Laser Standard lelaki dan Laser Radial wanita.
Pingat gangsa tunggal negara disumbangkan oleh trio lelaki iaitu Mohd Akiyuddin Mat Zaki, Mohamad Faizal Norizan dan Syed Ahmad Syahmi Hilmi menerusi acara 'Fleet Racing Keelboat'.
Topic Berkaitan
##AyuhMalaysiaKu
#kapal layar
#Malaysia
#Singapura
#Sukan SEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan