awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir, sistem pengangkutan huru-hara akibat ribut besar di Sepanyol dan Portugal
Penyelam teknikal masuki feri karam di selatan Filipina, angka kematian meningkat kepada 45
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berkenan tonton perlawanan akhir Piala Sultan Pahang 2022

Bernama
Bernama
03/09/2022
21:46 MYT
Agong berkenan tonton perlawanan akhir Piala Sultan Pahang 2022
Yang di-Pertuan Agong berkenan bergambar bersama pemain dan pegawai pasukan Pasir Pekan FC yang menjuarai Piala Sultan Pahang 2022 ketika berangkat tiba menyaksikan perlawanan akhir di Stadium Darul Makmur, Kuantan, 3 Sept 2022. --fotoBERNAMA
KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam berkenan mencemar duli menonton perlawanan akhir Piala Sultan Pahang 2022 antara Semantan Troopers FC dan Pasir Pekan FC di Stadium Darul Makmur di sini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka ke stadium pada 4.30 petang diiringi anakanda baginda Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah.
Turut hadir barisan kepimpinan kerajaan negeri diketuai Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Usai perlawanan, Al-Sultan Abdullah berkenan menyampaikan hadiah kepada Pasir Pekan FC dari Kelantan yang muncul juara selepas menewaskan Semantan Troopers FC 2-1.
Terdahulu, Al-Sultan Abdullah berangkat ke Karnival Bola Sepak Akar Umbi Bawah 12 Tahun yang diadakan sempena Piala Sultan Pahang 2022 di Padang Sintetik Majlis Bandaraya Kuantan yang terletak bersebelahan Stadium Darul Makmur.
BACA: Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke Pesta Kuantan 188
Seri Paduka meluangkan masa kira-kira setengah jam menyantuni pemain bola sepak cilik daripada 16 pasukan antaranya dari Pahang, Kuala Lumpur, Terengganu, Perak dan Kelantan.
Piala Sultan Pahang yang julung kali dianjurkan itu disertai lapan pasukan dengan empat daripadanya adalah dari Pahang iaitu Alam Mahkota, FC Jerantut, Semantan Troppers FC dan Yayasan Pahang Maintenance.
Selain Pasir Pekan FC, pasukan luar Pahang yang menyertai kejohanan itu ialah Cyberjaya Teleflow dari Selangor, KRU FC (Kuala Lumpur) dan FC Kerteh (Terengganu).
Kejohanan dengan format kalah mati itu diadakan bagi memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang selain bertujuan memperkasa budaya sukan dalam komuniti dan mempromosi gaya hidup sihat menerusi bola sepak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Piala Sultan Pahang 2022
#Semantan Troopers FC
#Pasir Pekan FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan