awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke Pesta Kuantan 188

Bernama
Bernama
03/09/2022
15:48 MYT
Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke Pesta Kuantan 188
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan memotong kek ketika berangkat tiba sempena Pesta Kuantan 188. - Foto BERNAMA
KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli ke Pesta Kuantan 188 di sini malam ini.
Ketibaan Seri Paduka berdua diiringi Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan kerabat diraja yang lain.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, barisan kepimpinan kerajaan negeri, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hospitality 360 Sdn Bhd Datuk Omar Naresh Mohan serta Pengarah Urusan Kuantan 188 Datuk Zulkifli Mohamad.
Majlis yang diadakan sempena memuliakan ulang tahun hari keputeraan Seri Paduka berdua dimeriahkan dengan acara memotong kek dan pulut kuning selain persembahan bunga api serta 'projection mapping.'
Selain itu, persembahan nyanyian oleh artis tempatan antaranya Aina Abdul, Ara Johari, Man Bai dan Raihan turut berlangsung di Kuantan 188 yang merupakan menara kedua tertinggi di Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Raja Permaisuri Agong
#mencemar duli
#Pesta Kuantan 188
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan